November 13, 2014

'Suami' Patung



Suzanne Heintz

Suzanne Heintz ialah seorang pengarah seni di Starz Entertainment
 Group di Englewood, Colorado tetapi setiap hari dalam hidupnya akan dihabiskan bersama keluarga patung di rumahnya sejak 14 tahun yang lalu.

Sudah lebih 16,000 kilometer perjalanan di seluruh Amerika yang dilakukannya dengan membawa potret keluarga patungnya dalam satu projek digelar 'Life Once Removed'. 'Suami' patungnya ialah Chauncey manakala 'anak perempuan'nya ialah Mary Margaret.

Bosan kerana asyik ditanya soalan untuk berkeluarga, dia membuat keputusan untuk 'membeli' sebuah keluarga. Sejak itu dia kerap bergambar bersama mereka dengan mukanya yang gembira mencerminkan kebahagiaannya berkeluargakan patung

Menurut Suzanne, tugas mengambil gambar keluarga bukanlah mudah dan menurutnya, bagi setiap sesi, dia akan mengambil sebanyak 300 hingga 500 keping gambar yang akan memakan masa berjam-jam lamanya.

Suzanne Heintz [2]


Katanya lagi, orang ramai memberikan pelbagai reaksi dengan tindakannya itu. Ada yang terkejut, seronok dan tidak kurang juga yang tidak henti ketawa.

Terdapat sebuah dokumentari yang menceritakan perjalanan hidup Suzanne bersama patung-patung dalam keluarganya iaitu Playhouse.


Suzanne Heintz [3]


Suzanne Heintz [4]


[Sumber]

Kematian Pelik Didunia

1. Meninggal kerana berniat menggapai bayangan bulan di air

Penyair Cina Li Po (abad VII-VIII Masehi) merupakan penyair terkenal yang suka minum arak.Suatu ketika dia sedang mabuk waktu naik perahu melalui sungai Yangtze. Dia melihat bayangan bulan di air. Kerana mabuk, dia berusaha mencapai bayangan itu untuk memeluknya, namun gagal. Akhirnya dia jatuh ke air dan tenggelam.


2. Meninggal kerana janggut

Hans Steininger merupakan orang Austria yang terkenal kerana janggutnya yang terpanjang di dunia. Panjangnya sekitar 140 cm.Pada suatu hari di tahun 1567,terjadi kebakaran yang mengharuskan semua orang lari.Beliau lupa mengikat janggutnya yang panjang.Kerana terburu-buru,dia terpijak janggutnya sendiri dan terjatuh. Lehernya patah dan dia pun mati.


3. Meninggal kerana menahan buang air kecil

Tycho Brahe (1546-1601) adalah seorang ahli astronomi. Pada tahun 1601, dia sedang menghadiri jamuan makan besar , di Praha (sekarang czechoslovakia).Dalam majlis tersebut jika tetamu membuang air semasa majlis berlangsung is merupakan perbuatan yang tidak sopan . Akibatnya beliau terpaksa menahan buang air kecil selama majlis itu berjalan .Terjadilah infeksi (sistitis) yang parah. Beliau meninggal 11 hari kemudian.


4. Meninggal kerana tongkat konduktor

Jean Baptiste Lully merupakan konduktor yang memimpin orkestra untuk merayakan kesembuhan Louis XIV dari sakitnya pada tahun 1687. Kerana terlalu bersemangat,dia menjatuhkan tongkat konduktor tepat pada ibu jari kakinya.Berlaku luka yang teruk (infeksi dengan nanah) dan diikuti (pembusukan).Lully menolak untuk memotong ibu jari kaki ,dan akhirnya dia pun mati kerana kuman yang merebak ke seluruh tubuh.



5. Meninggal kerana lidah tergigit

Allan Pinkerton (1819-1884) adalah seorang agen detektif yang terkenal dengan syarikat 'Agency Pinkerton detective'nya.Suatu hari dia sedang berjalan di kaki lima.Dia tergelincir.Tidak sengaja lidahnya tergigit,dan terjadilah infeksi yang kemudian membunuhnya.



6. Meninggal kerana menendang peti

Serupa dengan Lully,tapi ini terjadi di awal abad 20 pada Jack Daniel,seorang pengusaha whiskey terkenal dari Tennessee,Amerika Syarikat.Pada waktu subuh dia ingin membuka salah satu peti,namun dia terlupa nombor rahsianya.Dia mengamuk dan menendang peti tersebut.Salah satu jarinya terluka,meradang (infeksi),dan akhirnya membunuhnya.

.

7. Meninggal kerana payung terjun gagal mengembang

Pada tahun 1912 Franz Reichelt mendakwa dirinya berhasil membuat jaket berparasut.Suatu penemuan baru.Dia ingin mencubanya dengan melompat dari puncak menara Eiffel.Sebelum itu dia merancang memakai patung,namun akhirnya tidak jadi.Dia memutuskan memakai sendiri jaket tersebut.Ternyata,seperti yang dirisaukan ramai orang,jaket itu tidak berfungsi dan dia pun mati.



8. Meninggal setelah diracun,ditembak 4 kali,dipukul dan akhirnya ditenggelamkan

Grigori Rasputin (1869-1916) mula-mula diracun dengan sianida.Dosnya membolehkan untuk membunuh 10 orang.Tapi kerana diketahui kemudian bahawa sianidanya sudah rosak oleh pemanasan makanan,dia tidak mati.Lalu dia ditembak dari belakang oleh Felix Yusupov dan kawan-kawannya.Dia tidak mati juga.Dia ditembak lagi 3 kali,tapi tidak mati juga.Akhirnya Rasputih dipukul dengan tongkat dan akhirnya ditenggelamkan ke Sungai Neva yang dingin.Dari hasil autopsi,sebab kematian sebenarnya adalah tenggelam.


9. Meninggal kerana bola besbol

Ray Chapman (1891-1920) dikenali sebagai satu-satunya pemain yang mati dalam pertandingan besbol.Dia mati kerana kepalanya terkena balingan bola dari Carl Mays.Pada saat itu,bola besbol dilumuri tanah oleh pembaling bola sebelum dibaling,untuk mempersulit lawan melihat bolanya

November 10, 2014

17 Kelebihan Orang Tangan Kiri




1. Menurut statistik, dari sebuah populasi, 15% daripadanya adalah kidal. Lelaki biasanya dua kali lebih cenderung menjadi kidal berbanding wanita. 


2. Orang kidal memiliki kemungkinan lebih besar untuk mejadi genius. 20% dari jumlah anggota organisasi MENSA, sebuah organisasi untuk manusia dengan IQ tertinggi di dunia, dilaporkan kidal. 


3. Jika anda seorang lelaki, kidal, dan masih belajar, maka diperkirakan anda akan 15% lebih kaya daripada lelaki yang tidak kidal. Sekiranya sudah tamat kuliah, lelaki kidal akan 20% lebih kaya! 

4. Walaupun begitu orang kidal memiliki kecenderungan lebih tinggi untuk ketagih rokok. 

5. Jika kedua orang tua kidal, maka ada kemungkinan 50% keturunan mereka juga akan kidal. Sebaliknya, jika kedua orang tua tidak kidal, kemungkinan untuk anda menjadi golongan atasan seperti kami adalah 2% sahaja. 

6. Pakar psikologi dari Universiti Queen di Belfast menyatakan bahawa kucing betina cenderung tidak kidal, sementara kucing jantan cenderung kidal. Kucing pun ada kidal

7. Orang kidal katanya lebih suka membaca buku berjilid dibandingkan dengan mereka yang bukan kidal. Sebab itu kami pandai. 

8. Orang kidal dapat merespon stimulasi (rangsangan) dengan lebih baik sehingga kebanyakan orang kidal juara dalam bermain game. 

9. Semakin berusia seorang wanita mengandung dan melahirkan, semakin besar kemungkinan anaknya lahir kidal. 

10. 4 dari 5 designer komputer Mac dilaporkan kidal. Take this! 

11. Menurut sebuah kajian, orang kidal hidupnya 9 tahun lebih pendek dibandingkan dengan mereka yang bukan kidal. 

12. Orang kidal lebih cenderung menjadi ahli sukan, memiliki kesedaran yang lebih istimewa dan berfikir lebih pantas. 

13. Menurut sebuah kajian yang dilakukan oleh Dr Alan Searleman dari St Lawrence University di New York, menunjukkan bahawa orang kidal mampu mendukung sisi kiri tubuhnya untuk semua kegiatan fisikal. Orang kidal juga dua kali lebih berjaya dalam penyelesaian masalah dan memiliki IQ lebih tinggi dari orang yang aktif dengan tangan kanan. 

14. Orang dengan tangan kidal relatif lebih cerdas daripada bukan kidal (Guardian UK) 

15. Orang Kidal lebih mudah mengawal emosi dibandingkan dengan bukan kidal (National Geographic) 

16. Jumlah orang Kidal meningkat pesat setelah tahun 1910 (BBC) 

17. Orang Kidal sehingga kini berjumlah sekitar 10% dari seluruh populasi dunia (National Geographic) 




sumber

Teknologi Zaman Nabi Nuh Yang Tidak Diketahui




Sesungguhnya Piramid Agung bukanlah dibina ketika pemerintahanFiraun Khufu (Cheops) tetapi telah dibina berkurun sebelumnya oleh kerajaan-kerajaan silam yang lepas. Firaun-firaun Mesir hanyalah membaik pulih sahaja piramid-piramid ini yang diwarisi mereka. Hakikat ini lama-kelamaan disedari oleh ramai pengkaji tetapi ia terlalu lama untuk dapat dipercayai oleh masyarakat dunia. Anda boleh tonton filem 10000 B.C dimana terdapat kaum yang membina Piramid ditengah-tengah padang pasir untuk mendapatkan gambaran tentang hal ini. Arkiteknya dalam menentukan lokasi piramid terpaksa melihat jarak bintang dilangit dan koordinasi buruj-buruj dimana pada masa yang sama dia juga adalah ahli astronomi dan ahli nujum Istana.

Gambaran kerja pembinaan piramid [filem 10 000 BC]
Kedudukan ketiga-tiga piramid termasuk Piramid Agung Giza adalah bertepatan dengan kedudukan buruj Orion di langit, dan mengarah tepat ke arah kiblat. Ini antara misteri paling terbesar dalam sejarah kemanusiaan. Siapakah bangsa agung yang mula-mula merencanakan pembinaan Piramid? Sesungguhnya Piramid Mesir adalah penunjuk kiblat paling besar yang terdapat dibumi di mana Allah Yang Maha Agung telah menciptakan bintang-bintang Orion sebagai tanda kiblat dilangit. Piramid Mesir adalah petunjuk arah ke Baitullah di bumi manakala bintang Orion adalah petunjuk arah ke Baitul Makmur di langit. Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu tanpa sia-sia. Bangsa misteri yang membina piramid terawal sudah tentu sebuah bangsa yang teramat bijak dan genius dan di zaman itu kemajuan material adalah setanding malah lebih maju dari apa yang kita dapati hari ini.
Tidak percaya?. Cuba anda bayangkan kehidupan manusia sebelum berlakunya banjir besar di zaman Nabi Nuh. Bayangkan kehidupan mereka adalah teramat canggih dengan kereta-kereta mewah dan kotaraya-kotaraya bercahaya serta pesawat-pesawat terbang seperti UFO yang bersimpang siur di udara. Setiap rumah terdapat sistem komputer yang canggih dan kemudahan internet kelajuan tinggi. Tetapi adakah semua itu berguna setelah banjir besar melanda seluruh dunia. Tidak, tidak sama sekali. Nabi Nuh terpaksa memuatkan kapalnya dengan manusia, haiwan-haiwan yang berpasangan serta spesis-spesis tumbuh-tumbuhan yang terpilih. Di sini kita dapat mengetahui bahawa ‘profesion’ Nabi Nuh bukan sahaja seorang pengembang agama tetapi juga pakar sains zoologi yang handal.

Nabi Nuh boleh membina kapal yang teramat besar hanya berbekal pengikut yang tidak sampai 100 orang? Fikirkan. Seratus (100) orang itupun ada yang wanita dan kanak-kanak jadi jumlah pekerja untuk membina bahtera Nabi Nuh teramatlah sedikit. Malahan pula, para pengikut Nabi Nuh as terdiri daripada orang miskin yang lemah dan melarat sahaja. Nabi Nuh juga telah membina kapalnya dalam jangka masa yang terhad (sesetengah pendapat mengatakan dalam beberapa minggu sahaja). Misteri ini benar-benar memeningkan pengkaji malah ada juga pengkaji Barat yang mendakwa bahawa, Bahtera Nabi Nuh dibina oleh makhluk asing. Sebenarnya kita tidak akan hairan dengan kemampuan Nabi Nuh ketika itu jika kita membayangkan kemajuan manusia sebelum Banjir Besar adalah seperti kemajuan pada masa kini sekurang-kurangnya. Kita boleh membayangkan yang Nabi Nuh membina bahtera di dalam hangar kapal yang besar berserta peralatan dan mesin-mesin yang canggih dibantu sistem perkomputeran yang termaju


Masih tidak percaya?. Jika kita lihat pada kronologi kemajuan manusia, kita boleh melihat logik atau tidak kenyataan ini. Biar kita ambil jangkamasa dari lahirnya Nabi Isa mengikut kalendar Masehi iaitu 1 Masehi hingga 2009 Masehi. Bagaimana kehidupan manusia di zaman Nabi Isa hidup. Bagaimana kemajuan manusia selepas 2000 tahun selepas kelahiran Nabi Isa? Berapakah jangkamasa Adam manusia pertama sehingga peristiwa Banjir Besar di zaman Nabi Nuh. Katakanlah lebih kurang 2000 tahun (ini anggaran yang amat minimum memandangkan jangkamasa dari manusia pertama turun ke Bumi sehingga Banjir Besar boleh memakan masa beribu-ribu tahun), maka logiklah kemajuan manusia mencapai tahap terhebat dan maju ketika Banjir Besar.

Mayat bergelimpangan di Kota Kuno Mohenjo-Daro mengandung radioaktif
Maka jika berfikir seperti ini, kita tidak akan terkejut dengan kisah-kisah seperti Atlantis dan Lemuria serta Kerajaan Rama yang mempunyai pesawat-pesawat terbang seperti UFO. Peperangan juga melibatkan kuasa nuklear seperti kesan-kesan yang ditemui di Mohenjo-Daro dan Harappa.
Tetapi adakah semua kemajuan itu berguna berguna apabila tibanya bala bencana? Semua kemajuan itu habis tenggelam bersama-sama orang musyrik yang mengingkari perintah Allah SWT setelah hanyut dalam arus kemajuan material dan kecanggihan teknologi yang mengkhayalkan. Manusia ketika itu semakin rakus dengan kebendaan dan berbuat maksiat secara terang-terangan. Tidak hairan jika terdapat parti bogel di sana-sini. Pesta-pesta mandi buih acapkali diadakan di festival-festival besar. Konsert-konsert muzik yang mengkhayalkan seringkali diakhiri dengan pesta seks yang menghairahkan dihadapan sembahan-sembahan berhala yang mereka pertuhankan. Dakwah Nabi Nuh dikesampingkan walaupun sering keluar di media-media antarabangsa.


Bateri Baghdad yang ditemui oleh ahli arkeologi Austria
Mungkin anda berasa lucu dengan senario yang dipaparkan di sini. Ini kerana anda memikirkan Nabi Nuh hidup seperti orang gua, bercucuk tanam dan mengembala kambing sahaja. TIDAK SAMA SEKALI. Lihatlah lukisan-lukisan misteri di dinding kuil-kuil Firaun yang menceritakan satu mitos purba tentang penghasilan tenaga elektrik siap dengan lukisan kabel bawah tanah dan filemen elektrik. Penemuan bateri purba di Iraq dan cakera padat purba Dropa (sehingga kini tidak diketahui sama ada ia berbentuk CD, CD-RW, DVD, DVD-RW atau sebagainya) di China.
Masih lagi tak percaya? anda boleh ke web ini
Web yang mengumpulkan misteri yang tak terungkai disebabkan kita yang percaya kitalah masyarakat paling moden

Dan yang paling menggemparkan adalah penemuan loji nuklear berusia lebih 2 juta tahun di Oklo, Afrika! Apakah maksud semua ini? Berapa umur Bumi sebenarnya? Berapa umur umat manusia sebenarnya?. Kita tidak boleh menganggarkannya berdasarkan kajian Barat (buku rujukan sejarah di Malaysia banyak merujuk kepada sumber Barat) yang dipengaruhi oleh The Hidden Hand seperti Illuminati dan Freemason. Mereka sebenarnya mempunyai sebab untuk mengelirukan umat manusia. Segala kenyataan sebenarnya amat jauh dari apa yang kita dapat bayangkan.


Maka setelah Banjir Besar, para pengikut Nabi Nuh pun bertebaranlah di muka bumi sehelai sepinggang setelah meninggalkan kehidupan moden dan canggih mereka ditelan banjir. Mereka kembali menjadi orang gua dan mula berburu, bercucuk tanam dan mengail ikan.


Betapa kukuhnya binaan bahtera Nabi Nuh as ini, hinggakan binaan asalnya masih kukuh hingga kini. Gambar diatas (atas sekali) adalah satu sudut dalam bahtera Nabi Nuh, manakala gambar dibawah pula ialah bahan besi yang diperolehi daripada struktur bahtera tersebut. Gambar tersebut diiambil setelah kumpulan arkeologi dari Turki dan China berjaya memasuki bahtera Nabi Nuh as yang terdampar di puncak Gunung Ararat di Turki.

Baby Comel Che Ta Dan Zain Saidin



Gambar bayi Rozita Che Wan dan Zain Saidin baru lahir pada 1 November 2014di KPJ Ampang Puteri pada pukul 2.18 petang. Tahniah diucapkan.

Gambar Anak Perempuan Rozita Che Wan dan Zain Saidin



Kredit : Beutifulnara

Luluh Hati Ibu Melihat Anak Dibogelkan



BACHOK, 6 NOV - Berikutan penyebaran gambar bo gel seorang remaja yang didakwa cuba mencuri sebuah motorsikal berdekatan dengan sebuah masjid beberapa hari lepas, Ibu kepada remaja berkenaan meluahkan perasaan kecewanya dengan tindakan orang ramai yang sanggup memperlakukan anaknya sedemikian rupa.

Ibu berusia 38 tahun itu berkata meskipun anaknya yang berusia 15 tahun bersalah, orang ramai tidak mempunyai hak untuk memperlakukan anaknya seperti itu.

“Kalau mereka pukul, saya boleh terima tetapi bila dibo gel orang kampung, memang itu perkara yang memalukan kami sekeluarga.

“Luluh hati seorang ibu apabila melihat anak diperlakukan begitu. Biarpun kalau dia bersalah sekalipun, masih ada banyak lagi cara untuk menghukumnya,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas kejadian yang menimpa anaknya itu.

Ibu kepada remaja berkenaan turut menambah tindakan yang diambil orang ramai terhadap anaknya dalah bertentangan dengan ajaran Islam.

“Ia berlaku di masjid, sepatutnya ada yang melarang (perbuatan membo gelkan remaja itu) dan tidak menyebarkan gambarnya di laman sosial kerana berdosa membuka aib orang lain.

“Saya dapat tahu perkara ini melalui laman sosial 
Facebook
 dan bila lihat saya terus cam yang itu anak saya. Apa yang saya lebih kesal adalah tindakan orang ramai yang membo gelkan anak saya,”
katanya.

Beliau juga berharap orang ramai berhenti menyebarkan gambar aib anaknya di laman sosial kerana ia perkara yang memalukan.

“Saya harap orang berhenti menyebarkan gambar dia dan sekiranya ada, mereka harus ‘delete’ gambar itu dengan segera kerana ia memalukan,” katanya.

Sementara itu Imam Masjid Pauh Lima, Ibrahim Ahmad, 69 berkata beliau dan beberapa jemaah lain terkejut dengan tindakan orang ramai yang membo gelkan remaja itu.

“Saya keluar lambat selepas selesai solat Isyak dan tak sangka remaja itu dibo gel orang kampung dan saya tak tahu siapa yang lakukan.

“Kami dah cuba untuk halang tetapi tidak berjaya kerana ramai orang yang berada ketika kejadian itu dan saya kesal dengan tindakan itu,” katanya.

Semalam, Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata Islam menegah umatnya membuka keaiban seseorang walaupun orang itu melakukan kesalahan.

“Kita tak boleh mengambil tindakan sendiri yang menyimpang dari undang-undang negara dan hukuman tidak boleh diambil mengikut pandangan kita semata-mata,” katanya.

Mengulas kes yang sama, Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata orang awam yang berjaya menangkap mana-mana individu yang disyaki melakukan jenayah dilarang mengambil tindakan sendiri yang melanggar undang-undang.

Sebaliknya, orang awam perlu segera menyerahkan individu yang ditahan itu kepada pihak polis, katanya.

Beliau berkata pihaknya masih menjalankan siasatan mengenai insiden itu dan remaja itu kini direman selama empat hari bermula semalam untuk siasatan lanjut.

“Suspek kedua masih belum ditangkap dan kita masih menjalankan siasatan,” katanya dalam kenyataan.

Mazlan berkata insiden bo gel itu disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mencederakan yang boleh membawa hukuman dipenjara satu tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Katanya kes berkenaan turut disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sumber: Bernama

Wajah Miss Universe Selepas 50 Tahun


Melihat wajah Ratu Cantik ini selepas 50 tahun memenagi Miss Universe pada tahun 1965, anda pasti terkejut kerana kejelitaannya masih kekal sama.. Ini kerana wajahnya masih sama malah kulitnya tampak muda dan anjal pada usianya kini, 67 tahun.

Apasra Hongsakula lahir pada tahun 1947 di Bangkok Thailand, namanya mula menjadi perhatian umum selepas memenangi Ratu Cantik Miss Universe pada tahun 1965 ketika dia berusia 18 tahun, dan merupakan jelitawan pertama dari Thailand yang memenangi Gelaran Miss Universe itu. 

Apasra dilahirkan dan dibesarkan di Bangkok, Thailand. Di pernah mendapat pendidikan di Penang, Malaysia. Dia pernah berkahwin dengan sepupu kepada Permaisuri Sirkit namun telah bercerai dan mempunyai seorang anak lelaki. Walaupun telah bercerai, dia sering mendapat perhatian di negaranya seperti dia masih mempunyai pertalian dengan keluarga di Raja.

Setelah 50 tahun berlalu sejak dia memenangi gelaran Miss Universe pada tahun 1965, kini, gambarnya menjadi viral dalam media sosial kerana ramai tidak menyangka pada usia sekarang dia kelihatan masih muda dan tidak jauh beza semenjak anugerah yang dimenangi 50 tahun lalu.

Namun dengarnya, bagi mengekalkan kemudaan wajah dia melakukan pelbagai rawatan anti-penuaan berjumlah 2.5 juta Baht (RM 253,289)

Bagaimanapun, pengurus kepada Apasra menafikan khabar angin tersebut dan memberitahu wajahnya adalah asli dan hanya rambutnya sahaja diluruskan dan mungkin itu jadi penyebab ratu cantik itu kelihatan muda.





Sumber: mynewshub.cc

Penyakit Muehrcke’s Nail





Tahukah anda, salah satu cara untuk melihat tahap kesihatan seseorang adalah dengan melihat perubahan pada kuku seseorang itu. Garisan putih pada kuku merupakan simptom yang dinamakan Muehrcke’s Nail (Muehrcke's_nails). Secara jelasnya tidak diketahui sebab pembenetukan garisan putih ini.

Tetapi ianya dikaitkan dengan kekurangan protein di dalam badan. Maka, seseorang yang mempunyai garisan putih pada kuku berkemungkinan mempunyai masalah kekurangan protein.

May 17, 2014

Bisu Selepas Meniup Trompet


CAPE TOWN - Seorang wanita kulit putih Afrika Selatan, Yvonne Mayer, 29, hilang suara selama dua hari selepas meniup trompet tradisi masyarakat negara itu, vuvuzela pada satu parti jalanan Piala Dunia 2010 di Fan Park di sini baru-baru ini.

Dia yang bekerja sebagai jurujual insurans tempatan diberitahu seorang doktor ketika mendapatkan rawatan di Hospital Medi-Cross di sini yang mendapati tekaknya pecah namun, pegawai perubatan menasihatkan Mayer untuk tidak makan dan minum dalam tempoh 48 jam.

"Ini kali pertama saya meniup trompet popular itu Isnin lalu dan kemudian langsung tidak boleh bercakap. Pada mulanya saya menyangka tertelan kumbang sebelum doktor yang memeriksa tekak saya mendapati ia sudah pecah," katanya.

Akibatnya, Mayer terpaksa berpuasa maraton dua hari untuk mengembalikan semula tisu tekak menjadi pulih manakala Dr. Scott Barker yang merawat wanita itu menyifatkan ia kes pertama seumpamanya disebabkan meniup vuvuzela. - Agensi 

April 13, 2014

Punca Masalah Kegemukan

Umum sedar akan keburukan obesiti, berat badan berlebihan atau kegemukan. Namun tidak ramai yang ambil kisah terhadap perkara tersebut kerana obesiti dianggap perkara biasa dan tidak berbahaya.
1- Ketidakseimbangan Tenaga.
Ketidakseimbangan tenaga menyebabkan berat  badan berlebihan dan obesiti. Imbangan tenaga bermakna tenaga yang diterima adalah sama tenaga yang digunakan.
Tenaga yang diterima adalah nilai kalori yang anda perolehi daripada makanan dan minuman. Tenaga yang digunakan adalah jumlah tenaga yang badan anda perlukan untuk perkara-perkara seperti bernafas, penghadaman  dan aktiviti fizikal. Untuk mengekalkan berat badan yang sihat, kalori yang anda terima tidak perlu seimbang dengan tenaga yang anda guna.

Seandainya jumlah kalori yang diterima sama dengan jumlah tenaga yang digunakan, berat badan tidak berubah.

Sekiranya  jumlah kalori yang diterima kurang daripada jumlah tenaga yang digunakan, berat badan anda menyusut.

Berat badan berlebihan dan obesiti berlaku dengan pantas apabila anda mengambil kalori lebih daripada apa yang diperlukan oleh tubuh anda.

2-Tabiat Pemakanan.
Obesiti di Malaysia banyak berpunca dari tabiat pemakanan harian dan cara sajian makanan disediakankan. Setiap hari rakyat Malaysia akan bersarapan dengan nasi lemak, roti canai dan teh tarik. Ketika makan tengahari kita akan makan nasi dengan lauk ikan goring, ayam goring, kari, sayur lemak dan masak merah. Begitu juga dengan makan malam.
Pengambilan makanan yang berlemak tinggi dan terlalu manis yang berpanjangan boleh membawa kepada masalah kegemukan.

Keadaan ini diburukan oleh sikap sesetengah individu yang mengalami  amat responsif  terhadap bau makanan. Bau makanan mampu  menimbulkan  rasa lapar secara psikologi yang mendorong kepada pengambilan makanan. Individu seperti ini akan sentiasa mengambil makanan walaupun di luar waktu makan. Oleh itu obesiti akan berterusan.

3- Kurang Bersenam.
Kebanyakan rakyat Malaysia tidak mengamalkan cara hidup sihat. Mereka mempunyai sikap malas bergerak dan tidak suka bersenam. Sikap ini semakin menjadi-jadi sejak wujudnya kemajuan teknologi dan internet. Orang ramai lebih suka menggunakan mesin basuh,  blender,  lif , eskalator, perbankan internet dan shopping online.

Apabila terlalu memanjakan tubuh tanpa melakukan sebarang pergerakan besar, lemak akan terus terkumpul dalam badan kita.  

Obesiti menyebabkan aktiviti sukan menjadi sangat sukar dilakukan. Ia akan menyebabkan  penurunan kadar  metabolisme tubuh. Akhirnya badan semakin gemuk dan obesiti.

4-Kurang Tidur.
Kajian menunjukkan bahawa kurang tidur meningkatkan risiko obesiti. Satu kajian terhadap sekumpulan remaja menunjukkan bahawa kurang tidur meningkatkan kemungkinan obesiti.
Tidur yang cukup membantu mengekalkan keseimbangan hormon ghrelin (yang membuat anda berasa lapar) atau leptin. Apabila anda tidak mendapat tidur yang cukup, tahap ghrelin akan meningkat dan tahap leptin akan menurun. Ini menjadikan anda rasa lebih lapar daripada waktu anda berehat.

 Tidur juga mempengaruhi tindakbalas tubuh anda terhadap insulin iaitu hormon yang mengawal kadar glukosa dalam darah anda. Kekurangan tidur menyebabkan paras gula dalam darah meningkat.Inimeningkatan risiko anda untuk menghidap penyakit kencing manis.

Kesimpulannya, untuk mengelakkan obesity anda perlu mengawal pemakanan, bersenam dan memastikan masa tidur andat mencukupi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...