November 28, 2012

Potong Jari Simbolik Kematian


Suku Dani dari Papua, Indonesia memotong jari mereka sebagai satu cara memaparkan kesedihan di upacara pengebumian dan melumur muka mereka dengan abu dan tanah liat sebagai simbolik kesedihan. Mereka percaya jika si mati adalah kuat  berkuasa di dunia, ia dipercayai bahawa roh-roh mereka akan mengandungi kuasa yang sama juga.


Untuk menyenangkan hati dan mengusir roh-roh ini, beberapa amalan yang mengejutkan telah diikuti. Anak-anak gadis yang berkaitan dengan orang yang mati akan memotong bahagian hujung jari. Sebelum dipotong, jari akan diikat dengan tali selama lebih 30 minit. Selepas pemotongan, hujung jari dibiarkan kering sebelum dibakar dan abu dikebumikan di suatu kawasan khas.





Amalan ini telah diharamkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Walau bagaimanapun, kaum wanita yang lebih tua boleh dilihat dengan jari separuh pada tubuh mereka sebagai bukti amalan ini pernah dilakukan pada masa dahulu.

November 27, 2012

Penjara Yang Paling Kejam

1. Candiru Prison (Brazil)


Penjara ini pernah mengemparkan Brazil juga dunia ketika berlaku rusuhan besar di penjara tersebut pada tahun 1992. Tragedi pembunuhan yang melibatkan polis tempatan. Ratusan mangsa terkorban, 103 (ada yang mengatakan 111 banduan) di antaranya telah terbunuh.
Tragedi Caradiru bermula dari meletusnya perang antara kumpulan di penjara tersebut, yang merebak hingga melibatkan banyak banduan. Polis kemudian datang mengawal keadaan.

Sebenarnya semasa itu banyak banduan telah menyerah dengan melemparkan senjata mereka . Mereka meminta perlindungan polis namun dijawab polis dengan menembak mereka. 


2. Bang Kwang Prison (Thailand)


Dikenali sebagai “Bangkok Hilton”. Penjara ini boleh dikatakan sudah tidak layak lagi, selain penuh sesak, juga kekurangan tenaga penjaga banduan. Banduannya dirantai. Banyak banduan jadi gila akibat tekanan bermula bulan-bulan pertama di penjara itu.


Pengarah Penjara Khun Nattee mengakui, penjaranya adalah paling teruk di seluruh Thailand. Di sini kemudahan sangat minima, termasuk rawatankesihatan terhadap banduan sangat kurang. Banduan yang sakit hanya boleh meringkuk dengan kaki dirantai di biliknya, sambil menunggu datangnya ubat (jika ada).


3. ADX Florence Supermax Prison: (Colorado) 


Penjara ini dibina sebagai respon atas serangan terhadap penjaga banduan dan kakitangan yang terjadi di penjara lain di Amerika. Di penjara ini menerapkan maximum security untuk mencegah terjadinya serangan banduan terhadap penjaga banduan dan kakitangan penjara.

Akibatnya banduan diasingkan dari kakitangan penjara. Banduan menerima penyiksaaan psikologi kerana selama 23 jam hanya dihabiskan di selnya. mereka tak boleh ke mana mana.


Menjadi banduan di ADX adalah suatu mimpi buruk tidak boleh dilupakan oleh mereka. Di sana mereka menerima keadaan paling teruk dari yang terburuk. Banduan yang masuk ke sini adalah penjenayah kelas pertama termasuk yang telah berkali-kali masuk penjara. Di sinilah “neraka” penjara yang boleh mengakibatkan derita seumur hidup.


Selama 13 tahun beroperasi, dua orang tawanan diberitakan mati terbunuh di ADX Florence. Salah seorangnya Lawrence Klaker. Ada yang menyebut dia mati ditembak, tapi ada juga yang mengatakan beliau membunuh diri.


4. Alcatraz Island Prison: (San Francisco, CA)


Penjara ini, yang dikenali sebagai “The Rock”, atau “Devil’s Island”. Dibina pada tahun 1920-an. Segala yang tidak nyaman ada di sini. Alcatraz dirancang sedemikian rupa sehingga amat kecil kemungkinan banduan boleh melarikan diri dari sini. Alcatraz benar-benar menciptakan dunia sendiri. Banduan benar-benar terputus hubungan dengan kehidupan di luar sana.

Pejabat penjara yang ganas, penjaga banduan yang kasar, tindakan tidak berperikemanusiaan mewarnai hari-hari para banduan di sana. Tidak hairan jika banyak yang mengalami gangguan jiwa akibat tekanan psikologi yang luar biasa.


Bayangkan saja, di sana ada larangan untuk tidak boleh bercakap-cakap dengan banduan lain, kalau tidak menurut, hukuman menunggu. Banduan dilarang menzahirkan emosinya. Mereka dipaksa diam. Hak-hak sebagai manusia, di Alcatraz, telah dicabut. Sungguh penjara “neraka”. Penjara ini ditutup pada 1963, tetapi warisan kegelapan terus “hidup” dan menjadi legenda.




Bahaya Penyakit Anoreksia

Anoreksia, istilah ini mungkin cukup asing buat kita. Apa sebenarnya pengertian Anoreksia atau biasa di sebut dengan Anoreksia Nervosa adalah penolakan atas diri seseorang terhadap segala bentuk makanan yang biasanya disebabkan oleh ketakutan seseorang terhadap peningkatan berat badan sehingga orang tersebut mengurangkan makan secara extrim, yang akhirnya justeru mengancam keselamatan jiwanya.

Para penghidap anoreksia sedemikian berjayanya dalam mengurangkan berat badannya hingga membahayakan keselamatan jiwanya.

anoreksia ditandai oleh ketakutan yang tidak wajar terhadap kemungkinan mengalami kenaikan berat badan dan kehilangan kemampuan mengawal makan. Para penghidap anoreksia bangga akan diet dan kawalan tambahan keras yang dilakukannya.

Ciri ciri Anoreksia Nervosa meliputi:

* Tidak mahu mengekalkan berat badan pada tahap normal atau sedikit di atas normal
* Ketakutan bahawa berat badan akan naik
* Menganggap berat badannya sudah ideal
* Tidak mengalami haid.

Walaupun pengurangan berat badan adalah ciri yang paling jelas terlihat pada anoreksia nervosa, tetapi sesungguhnya hal itu bukan inti gangguannya. Banyak orang kehilangan berat badan akibat keadaan perubatan tertentu, tetapi pesakit anoreksia mempunyai ketakutan yang mendedah terhadap obesiti dan berusaha keras untuk menjadi kurus.


Gangguan ini paling sering muncul pada remaja yang memang kegemukan atau mempersepsi bahawa dirinya terlalu gemuk. Ia lalu mula berdiet keras, yang terus membua dia sampai ke titik di mana ia terjebak dalam obsesif untuk menjadi kurus.

Olah raga berat, yang nyaris seperti menghukum diri sendiri, juga lazim dilakukan. Pengurangan berat badan secara dramatik diperolehi dengan menyekat pengambilan kalori.

Seorang penghidap anoreksia tidak pernah puas dengan penurunan berat badannya. Berat badan yang tetap antara hari ini dan keesokan harinya atau setiap penambahan berat badan boleh mengakibatkan panik, kecemasan dan kemurungan.

Ketika memandang tubuhnya di cermin, ia melihat sosok yang sangat berbeza dengan apa yang dilihat oleh orang lain. Orang lain melihatnya sebagai gadis yang kurus kering dan lemah, seperti seorang penghidap kelaparan, sedang yang bersangkutan melihatnya sebagai gadis yang perlu mengurangkan berat badannya ...

Biasanya mereka pintar memilih ucapan yang ingin di dengar orang lain. Mereka mungkin mengatakan setuju bahawa berat badannya memang kurang dan perlu menambah, tetapi sesungguhnya ia tidak mempercayainya.

Mungkin untuk menunjukkan bahawa dirinya mampu mengawal makanannya, sebahagian penghidap anoreksia menunjukkan minat yang besar pada masak memasak dan makanan. Sebahagian menjadi tukang masak yang handal, yang menyediakan makanan untuk seluruh keluarganya. Sebahagian yang lain menimbun makanan di biliknya dan memandanginya dari masa ke masa.

Tanda dan gejala perubatan anoreksia lain termasuk kulit kering, rambut dan kuku yang rapuh dan sensitif terhadap sejuk.

Berikut ini gambar gadis penghidap Anoreksia sejuk yang sangat akut, persepsinya tentang makanan membuatnya kurus kering seperti rangka hidup.















Sumber

October 17, 2012

Anjing-Anjing Ini Dibunuh Dengan Kejam Lalu Dijual Dagingnya


Jika anda melihat foto-foto di bawah ini mungkin anda akan menyaksikan sebuah pemandangan yang ganjil bahkan aneh di mata orang Malaysia. Jika di Malaysia daging yang biasa di jual belikan secara umum biasanya adalah daging lembu, kerbau, kambing dan ayam maka di China ada tambahan lagi iaitu daging anjing. Perdagangan daging anjing di negeri ini cukup marak dan sangat umum di lakukan. Restoran dengan menu utama daging anjing pun tidak susah untuk di peroleh di negeri tirai buluh ini.

Lihatlah gambar-gambar di bawah ini Anjing yang akan di sembelih di perlakukan secara kejam, pelakunya seolah-olah tidak mempunyai rasa sayang terhadap binatang. Menurut saya walaupun binatang tersebut akan disembelih mereka juga punya hak untuk mati dengan terhormat, jadi selayaknya tidak di lakukan hal seperti itu. Masih ada cara lain yang lebih bagus untuk meembunuh anjing-anjing tersebut

Gambar-gambar di bawah ini membawa kita kepada suatu gambaran tentang betapa kasih sayang terhadap sesama makhluk hidup sudah terhakis habis dari hati manusia. Anjing-anjing ini di sebelih dengan cara yang sangat kejam sehingga akhirnya di jual di pasaran sebagai lauk buat manusia. sungguh tragis











5 Orang Bodoh Yang Berjaya Mencipta Nama Di Dunia

                                                                        

Albert Einstein

Dialah Ilmuwan terkenal abad 20 yang terkenal dengan teori relativifnya. Dia juga salah satu pemenang Nobel. Siapa sangka semasa kanak-kanak, beliau seorang anak yang lambat bercakap dan juga mengidap Autisme iaitu penyakit yang sukar untuk berkomunikasi dengan orang lain. Waktu kecil dia juga suka lalai dengan pelajaran. 



Bill Gates

William Henry Gates III, atau yang lebih dikenal Bill Gates adalah CEO Microsoft. Ia juga merupakan seorang yang dermawan melalui kegiatannya di Yayasan Bill & Melinda Gates. Ia adalah pertama dalam orang terkaya di dunia versi majalah Forbes selama 13 tahun (1995 hingga 2007). Siapa sangka dia sebelumnya pernah dibuang dari Harvard dan bekerja sebagai Office Boy. 



Abraham Lincoln

Kisah Lincoln merupakan contoh klasik orang-orang yang benar-benar berani gagal. Gagal dalam bisnes pada tahun 1831. 
-Dikalahkan di Badan Legislatif pada tahun 1832.
-Gagal sekali lagi dalam bisnes pada tahun1833.
-Mengalami patah semangat pada tahun 1836.
-Gagal memenangkan pertandingan pidato pada tahun1838.
-Gagal menduduki dewan pemilih pada tahun 1840.
-Gagal dipilih menjadi anggota Kongres pada tahun 1843.
-Dilantik menjadi anggota Kongres pada tahun 1846.
-Gagal menjadi anggota Kongres pada tahun 1848.
-Gagal menjadi anggota senat pada tahun 1855.
-Gagal Menjadi Presiden Pada Tahun 1856.
-Gagal Menjadi anggota Dewan Senat pada tahun 1858.
-Akhirnya pada tahun 1860 dilantik sebagai presiden Amerika yang ke-16 dan salah seorang presiden yang sukses dalam sejarah Amerika.




Aristotle Onassis

Di sekolah, ia bodoh dan suka mencari pasal dan berlagak seperti orang kaya. Tidak aneh kalau ia diusir dari beberapa sekolah. Ia sering mendapat nombor tercorot di kelasnya. Salah seorang gurunya berkata: 

'rakan-rakan sekelas memuji dia kerana sikapnya, tetapi guru guru dan keluarganya berputus asa. Semasa dia masih muda, dengan mudah orang dapat melihat bahwa dia akan menjadi seorang di antara mereka yang akan menghancurkan diri sama sekali atau sukses secara gilang-gemilang.' 

Walaupun reportnya di sekolah semakin bagus, bakatnya untuk berniaga dan mencari wang telah nampak sejak kecil. Akhirnya dia menjadi seorang jutawan.



Adam Khoo

Dia rakyat Singapura. Waktu kecil, dia adalah penggemar games yang ekstrem dan TV. Seharian dia boleh duduk di depan TV. Baik main PS atau permainan yang lainnya. 

Adam Khoo pun dikenali sebagai seorang anak bodoh. Ketika darjah empat , dia dikeluarkan dari sekolah. Pernah dimasukkan ke Sekolah Rendah terburuk di Singapura. Ketika akan masuk Sekolah Menengah, dia ditolak oleh enam Sek Men terbaik di sana. Akhirnya, dia belajar di Sek Men terburuk di Singapura. Begitu buruknya prestasi akademiknya, tapi lama kelamaan dia semakin baik justeru kerana cemuhan kawan-kawannya, hingga akhirnya memperoleh kejayaan di dunia perniagaan. 

Prestasi Adam di dunia perniagaan bermula pada Adam berusia 26 tahun. Ia telah memiliki empat perniagaan dengan total nilai aset setahun bernilai US$ 20 juta. 


Kisah bisnes Adam bermula ketika ia berusia 15 tahun. Ia berniaga music box. Bisnes berikutnya adalah pernigaan training dan seminar. Pada usia 22 tahun, Adam Khoo adalah trainer peringkat nasional di Singapura. Pelanggan-pelanggannya adalah para manager dan top manager perusahaan-perusahaan di Singapura. Bayarannya mencapai US$ 10,000 per jam. 

October 16, 2012

Iklan Yang Dilarang Untuk Diterbitkan



Irlandia – dilarang kerana mengandung unsur pertaruhan yang menyakitkan hati wanita dan orang lanjut usia.


Israel – dilarang kerana melanggar adat kesusilaan


Chili – ditolak oleh client kerana dianggap terlalu mengerikan


Britain – dilarang kerana barcode diatas bibir Tony Blair seolah-olah melambangkan Hitler 


Britain – dilarang kerana memperlihatkan kekerasan yang ekstrim


Britain – dilarang kerana dianggap terlalu vulgar / melanggar norma kesusilaan


Britain– dilarang kerana dianggap dapat membahayakan


Britain – dilarang karena dianggap melanggar adat kesusilaan dan tidak mendidik untuk anak-anak.


USA – dilarang kerana dianggap cabul / melanggar norma kesusilaan


USA – dilarang karena iklan kanser payudara tersebut dianggap terlalu vulgar dan menakutkan


Kanada – dilarang karena dianggap merendahkan dan melecehkan wanita


Kesan Penggunaan Silikon Yang Berlebihan
















Hang Mioku seorang wanita cantik yang berusaha mempertahankan kecantikannya dengan melakukan implan silicon pada wajahnya. Pengalamannya semoga menjadi pelajaran buat kita semua tentang hal ini. Wanita ini mengalami kerosakan teruk pada wajahnya kerana silicon yang di tanamkan di wajahnya.

Suntikan pertamanya belum membuat dia puas atas penampilan barunya, dia pun melakukannya beberapa kali tapi belum juga membuatnya mendapatkan kepuasan atas usahanya tersebut, bahkan tidak cuma menyuntik silicon, dia juga menjalani beberapa kali pembedahan untuk hal tersebut. Namun yang terjadi tidak seperti yang di harapkannya. Apa yang di lakukan justru semakin memburukkan keadaan kerana retouching yang berlebihan.

Ada baiknya kita mengetahui tentang apa sebenarnya silicon yang biasa di gunakan untuk "memperbaiki" wajah tersebut.
  Silikon adalah polimer nonorganik yang berbeza-beza, dari cecair, gel, getah, hingga sejenis plastik keras. Beberapa ciri-ciri khusus silikon: tak berbau, tak berwarna, kalis air, serta tak rosak akibat bahan kimia dan proses pengoksidaan, tahan dalam suhu tinggi, serta tidak dapat menghantarkan elektrik. Pertama kali ditemui, digunakan untuk membuat lem, pelincir, injap jantung buatan, hingga implan payudara.


Sumber

Hukuman Mati Paling Kejam di Dunia




Di masa lampau beberapa negara masih memelihara hukuman mati yang super kejam. Seperti halnya yang pernah terjadi di China pada Dinasti Manchu (1644-1912). Pemerintahan yang berkuasa ketika itu melaksanakan hukuman mati paling kejam.

Hukuman mati tersebut disebut Ling Chi. Hukuman ini dilakukan dengan mengikat terhukum pada sebuah tiang di depan umum, lalu bagian tubuhnya diiris satu per satu selama tiga hari. Terhukum akan merasakan sakit yang luar biasa kerana bahagian tubuhnya dipotong sedikit demi sedikit hingga mati dalam tiga hari.

Selama tiga hari tersebut terhukum akan merasakan penderitaan yang sangat berat akibat luka pada potongan potongan tubuhnya. Namun apabila dalam beberapa jam si terhukum sudah mati, maka si pertanda juga akan dihukum mati.

Begitu kejamnya hukuman ini membuat semua orang takut melakukan kejahatan. Namun tidak semua kejahatan boleh diterapkan Ling Chi. Ling Chi hanya dikenakan kepada mereka yang melakukan kejahatan berat seperti membunuh keluarga kerajaan.

Saat ini beberapa negara seperti di Eropah sudah menghapuskan hukuman mati dengan cara apapun. Namun sebahagian negara masih mengekalkan hukuman mati bagi penjenayah kelas atasan. Hari ini 10 Oktober merupakan Hari Anti Hukuman Mati Sedunia. Anda setuju dengan hukuman mati?
 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...