May 16, 2015

Cara Menghilangkan Sengugut




---->Ambil 9 biji pinang tua, bakar hingga menjadi arang dan ditumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum 9 hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.

--->Ambil bawang merah dan hancurkan. Kemudian sapu dan urut-urut pada bahagian perut atau ari-ari yang sakit. Tidak lama selepas itu anda akan merasa lega sendiri.

--->Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air tadi didahulukan dengan selawat. Hasilnya senggugut akan hilang.


--->Minum rebusan rumput jarumEMAS atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.

--->Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 atau 2 minggu sebelum haid .

--->Semasa sakit ketika haid, hendaklah sentiasa meminum air teh pahit tanpa gula.Ambil beberapa helai daun sirih dan beberapa batang serai wangi. Rebuskan dan minum airnya ketika air suam-suam kuku. Rasanya memang kurang enak tetapi pasti akan berhasil.

 --->Ambil 3 ulas bawang putih sebesar ibu kaki dan potong nipis-nipis. Kemudian ambil 5 biji lada hitam ditumbuk halus. Campurkan bawang putih dan lada hitam tersebut dan gaulkan dengan air panas. Kemudian, minum setiap hari (waktu malam).Senggugut akan hilang.

--->Buah petola  boleh mengurangkan kesakitan senggugut. Anda perlu memakan sebarang masakan dari petola selama seminggu sebelum kedatangan haid.

--->Amalkan memakan kunyit, asam jawa dan gula merah yang direbus. Segelas rebusan ini diminum selepas makan tengahari dan segelas lagi selepas makan malam, seminggu sebelum kedatangan haid.

--->Ambil segenggam daun betik dan tumbuk. Airnya diminum pada setiap pagi selama 3 hari pada setiap bulan.

--->Ambil sepotong gambir (10-15 gram), kunyit hidup 2 ulas dan 5 lembar daun sirih. Semua bahan itu dijadikan satu dan tumbuk halus. Selepas itu tambahkan dengan secawan air masak dan kacau rata. Kemudian dengan menggunakan kain yang bersih, tapis dan perah ramuan tersebut. Minum sekali dalam sebulan iaitu 2 atau 3 hari sebelum kedatangan haid. Minum ramuan tersebut pada waktu malam sebelum tidur.

--->Tumbuk secekak daun cili padi, dan 7 biji jintan manis hingga lumat. Campurkan dengan 2 sudu besar air masak. Perah dan tapis. Amalkan meminumnya 3 kali sehari selama 4 hari.

--->Lenyek nasi sehingga lumat. Selepas itu campurkan dengan garam kasar atau garam biasa sehingga sekata. Gentelkan sebesar ibu jari dan embunkan semalaman. Makan pada pagi esoknya. Tidak perlu dikunyah. Lakukan selama 4 malam.

--->Campurkan sedikit gula melaka dengan air kelapa. Sewaktu didatangi haid, minum 2 kali sehari dalam masa 4 hari.


 sumber

Tanda-tanda Wanita Mengidap Kanser Fibroid



Makanan yang perlu dielakkan:

1.) Soya dan evening primrose.

Soya dan evening primrose mengandungi phyto estrogen. Phyto ni bermaksud tumbuhan manakala phyto estrogen bermaksud tumbuhan yang mempunyai fungsi seakan akan estrogen.So, bila kita makan benda ni maka paras estrogen dalam badan kita akan tinggi dan mengalakkan pembesaran cyst. Doc ade bagitahu saya yang sume wanita ade cyst cuma kecil atau besar, boleh hilang tak boleh hilang.

evening primroseOIL

**info yang baru saya tahu: minum soya sewaktu mengandung bukan boleh mencantikkan kulit anak tetapi mendedahkan risiko untuk anak tu mendapat kanser. Then, mengikut kajian keatas pesakit kanser payudara plak, ramai antara mereka menggunakan evening primrose ni.

2.) Ayam.
Ayam kan disuntik hormon untuk mempercepatkan kadar pembesaran dia. Kebiasaannya ayam disuntik hormon estrogen. Tapi ayam kampung boleh makan kot.

3.) Ikan keli yang dibela.

Kena tangkap ikan keli dalam sawah la pasni kalau dah mengidam sangat.

4.) KAWAL PEMAKANAN

Kolestrol juga adelah penyebab kenaikan hormone estrogen. Kolestrol adalah precursor kepada estrogen.

NOTA TAMBAHAN

Pemakanan bg Wanita pengidap Endometriosis/Adenomyosis/Fibroid/Cyst/PCOSDisini saya kongsikan bersama jenis makanan yg amat sesuai & yg harus di elakan bagi wanita yg punyai masalah seperti di atas atau pun yg pernah menjalani pembedahan tetapi ia nya berulang kembali.

Makanan yg di galakkan

> Ikan laut seperti bawalEMAS, kembong & selar

> Sayuran jenis kekacang - kacang panjang, buncis, sweet pea dll.

> Kekacang - badam, kacang tanah, black bean, kacang merah dll.

> Sayuran - kobis, brocoli, bayam, dan ulam-ulaman pegaga, pucuk ubi dll

> Buah-buahan - Nenas & betik

> Ubi kayu

> Sup miso ( sejenis pes yg di buat dari kacang soya yg di peram dicampur kedlm sup utk di jadikan miso sup)

> Teh hijau Makanan yg harus di elakkan

> Daging merah (kambing & lembu)

> Ayam ( Boleh di ambil dlm kuantiti yg sedikit)

> Produk tenusu seperti keju

> Ikan haruan

> Gamat

> Bahan perisa - pes segera & kiub2 perisa seperti stok ayam, stok bilis dll.

> Makanan manis - kuit muih manis & pencuci mulut

> Minuman berkarbonat ( krn tinggi kandungan gula)

> Makanan segera - burger, sosej, nugget, mee segera dll

> Makanan ringan - cip kentang, jajan dll.

> Makanan berlemak/ berminyak

TANDA - TANDA FIBROID DAN CYST DALAM RAHIM YANG BERMASALAH

✔ Gangguan Haid

✔ Keputihan

✔ Masalah ketidaksuburan

✔ Kemandulan di kalangan wanita

✔ Hubungan suami isteri yang dingin atau sakit ketika bersama

✔ Perut kembang

✔ Angin yang keluar dari vagina (Kentut Vagina)

✔ Rasa gatal dan keluar bau kurang enak pada vagina

✔ Kerap membuang air kecil ketika batuk, berlari dan berlompat

✔ Kerap letih dan lesu

✔ Sakit lutut dan tumit

✔ Kesejukkan kaki dan tanggan

✔ Kekejangan otot dibawah betis (simpul mengkarung)

✔ Kerap keguguran

✔ Ketumbuhan fibro dan cyst

BAGAIMANA KETUMBUHAN FIBROID DAN CYST TERJADI?

1. Punca penyakit ini bermula pada ganguan haid dan sengugut

2. Satu kajian yang menunjukan bahawa lebih kurang 50% daripadanya wanita

3. Ia sering berlaku dikalangan wanita yang tidak berkahwin dan yang pernah beranak.

ADAKAH IA BOLEH DIRAWAT?

Seperti yang ditulis oleh Dr Hamid Arshar dalam tulisan beliau tidak ada rawatan yang menggunakan ubat hospital yang boleh mengecutkan ketumbuhan fibroid TETAPI ada kemungkinan ubat-ubatan tradisional seperti akar kayu atau dedaun yang mungkin mempunyai kesan, khusus terhadap rahim boleh mengecutkan ketumbuhan pada fibroid. Bidang ini masih lagi terbuka luas dan usaha yang boleh mendapatkan ramuan untuk mengecutkan ketumbuhan fibroid.

Kebanyakan yang kita dengar ramai wanita Malaysia yang menghadapi ketumbuahan fibroid, rata-ratanya akan mengambil jalan mudah dengan menjalani proces pembedahan. Tapi masih juga ketumbuah itu akan tumbuh selepas beberapa bulan atau tahun itu pun bergantung pada aktifnya fibroid mereka

 

sumber

Kesan Buruk Tidak Berpantang




Kebanyakkan  wanita atau ibu yang baru melahirkan anak, malas berpantang atau degil apabila disuruh berpantang dan paling teruk tak tahu langsung tentang apa itu berpantang . Memang lumrah manusia perkara baik memang susah nak ikut & kadang2 deme ni  (ckp org perak) ada pendapat  sendiri berdasarkan kawan2, buku dll. Tapi Alhamdulillah dengan adanya  teknologi sekarang, wanita yg baru bersalin pada masa sekarang, banyak membaca, mendapatkan khidmat nasihat drpd pakar atau bidan, bagaimana nak berpantang secara traditional tetapi moden.  

Syarikat k.shila iaitu Mom’s Postnatal Care Consultant & Services  menjalankan servis berurut & bertungku serta khidmat nasihat kepada bakal-bakal ibu dan bapa tentang menghadapi kelahiran, cara berpantang, pemakan dan bagaimana mengatasi situasi meroyan dan bagaimana mengelak meroyan ketika berpantang, juga bagaimana menghindari demam kuning pada baby dan macam2 lagi. Paling penting berpantang cara traditional tapi moden. Untuk keterangan lanjut boleh jenguk  untuk nak kongsi & tahu akibat atau kesannya jika tak berpantang.

Ada sesetengah wanita yang degil, tak mahu berpantang, tak nak ambik jamu lepas bersalin, tak nak berurut atau bertungku, mandi air sejuk, minum air sejuk, makan ikut suka. Bila mak marah atau tegur tunjuk muka masam atau jawab “Alah..! org tau la” dlm hati kata “dah tua nanti semua org sakit, rasa badan ni ok je tak rasa apa2 pun”.. Kalau ada yang buat macam ni, cer baca cite kat bawah ni.. ini barusalah satu kesan.. nanti k.shila kongsikan banyak lg kesan. Tolong baca ia penting ok!!!

 Apakah Akibat & Kesan :

 Rahim Jatuh / Prolapse

Prolapse Rahim adalah satu keadaan di mana rahim jatuh kebawah dan kadang kala terkeluar dari saluran faraj. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh ligament dan otot yang biasanya memegang rahim pada kedudukkan asal menjadi lemah akibat dari kehamilan dan kelahiran, Justera itu rahim seakan-akan melorot ke bawah melalui saluran faraj.
Keadaan ini merangkumi beberapa peringkat

- Peringkat awal ia hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa.
- Peringkat kedua dimana pintu Rahim jatuh sampai kepermukaan faraj.
- Peringkat ketiga yang sangat teruk ialah apabila keseluruhan Rahim terkeluar daripada saluran dan permukaan faraj, keadaan ini yang biasa di gelar "tombong”.

Gangguan Kencing

Ramai wanita yang mengalami masalah kekenduran rahim atau prolapse akan menghadapi masalah kencing contoh:
      -  kerap kencing
      -  sakit ketika nak kencing
      -  kencing yg tak terkawal khususnya semasa batuk, ketawa yang kuat ini
         di panggil (Stress Incontincence).

Keadaan ini menyusahkan dan menganggu tugas harian khususnya dalam menjalankan amalan  ibadah seperti solat.

Gangguan Hubungan Kelamin

Oleh kerana berlakunya kelonggaran pada faraj khususnya pada otot yang memegang faraj yang dipanggil Pelvic Floor Muscle, Maka kekuatannya untuk mencengkang atau mengemut dalam proses hubungan seksual mungkin terganggu. Ini meyebabkan kepuasan dan kenikmatan seks, khususnya kepada sang suami kurang puas & tak menyeronokkan. Ramai wanita seta suami mengadu tentang kurang nikmat dan tidak puas ketika melakukan hubungan seks, terutama selepas melahirkan anak. Perkara ini berpunca daripada pelbagai faktor tetapi diantaranya ialah kekenduran atau kelemahan otot disekeliling faraj.

Sakit Pingang & Tidak selesa dibahagian Sulit Wanita

Gangguan lain yang boleh timbul akibat daripada proplapse rahim ialah rasa tidak selesa dibahagian sulit, kerana sesuatu benda iaitu rahim terkeluar daripada faraj. Ini berlaku ketika berdiri atau banyak berjalan. Oleh sebab Rahim jatuh ia menarik otot dan sering kali urat dibahagian pingang juga akan tertarik menyebabkan ramai diantara wanita mengadu sakit pinggang.

Gangguan Kesihatan

Dalam Kes Proplapse yang teruk atau peringkat ketiga dimana keseluruhan rahim terkeluar, seringkali pintu rahim tergesel pada seluar dalam dan menyebabkan luka atau erosion. Luka ini seringkali dijangkiti kuman dan menyebabkan keputihan atau pengeluaran lendir yang banyak. Dalam jangka masa panjang ada juga kes dimana berlaku ketumbuhan akibat daripada pergeseran yang berpanjangan.

Oleh Sebab itu, jangan ambik mudah tentang berpantang, pakai bengkung, makan jamu bersalin & makan makanan yg disyorkan.. Kalau tak tau nak cari kat mana jamu, Bengkung, daun mandi, senang cite barangan untuk berpantang

 sumber

Kepala Dipengal Ketika Menghadiri Pesta

KANDAHAR - Sebuah pesta larut malam di wilayah Helmand, selatan Afghanistan bertukar menjadi tragedi ngeri apabila seramai 15 lelaki dan dua wanita ditemui dalam keadaan kepala mereka dipenggal semalam, kata beberapa pegawai.Semua mangsa dipercayai dibunuh hanya kerana mereka mengadakan sebuah parti melibatkan pergaulan antara lelaki dan wanita berserta iringan muzik serta tarian.

Seorang gabenor daerah, Nimatullah ketika mengesahkan pembunuhan kejam itu berkata, semua mayat ditemui di sebuah rumah dekat daerah Musa Qala, sekitar 75 kilometer ke utara ibu negeri wilayah Helmand, Lashkar Gah.
"Mereka mengadakan sebuah parti malam kelmarin berserta iringan muzik dan acara tarian apabila diserang oleh kumpulan Taliban," kata Nimatullah Menurutnya, belum ada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan kekejaman tersebut.

SUMBER

Remaja Disimbah Asid Sehingga Mati



Kashmir – Hanya kerana marahkan anak gadisnya memandang dua budak lelaki, sepasang suami isteri di sebuah perkampungan di Kotli telah bertindak kejam dengan mencurahkan asid ke muka remaja berkenaan sebelum membiarkannya mati.

Anosh Zafar, 16, diserang oleh bapanya, Mohammed Zafar selepas mendakwa perbuatan anak mereka itu telah mencemar kehormatan mereka.Perbuatan kejam itu telah dilaporkan kepada polis oleh anak perempuan sulong pasangan itu selepas dia berasa curiga kerana tidak dibenarkan menatap wajah adik perempuannya untuk kali terakhir sebelum dikebumikan.
Susulan laporan berkenaan, satu bedah siasat telah dijalankan ke atas mayat mangsa, dan doktor mendapati lebih 35 peratus daripada muka mangsa melecur akibat dicurah asid.Menurut doktor, harapan mangsa untuk hidup adalah tipis dengan kecederaan parah tersebut.Dalam pada itu, seorang anggota polis, Raja Tahir Ayub berkata, pasangan suami isteri itu mengaku melakukan kesalahan berkenaan selepas mereka ditangkap.

Raja Tahir memberitahu, lelaki berkenaan menjadi marah selepas melihat anak gadisnya itu memandang dua budak lelaki yang sedang menaiki motosikal.“Berang yang perbuatan anak perempuannya itu, dia telah menarik mangsa ke dalam rumah sebelum memukul dan mencurahkan asid ke muka budak itu, dengan bantuan isterinya.

“ Pasangan berkenaan tidak membawa anak mereka ke hospital dan dia akhirnya meninggal dunia keesokan harinya,’’ katanya.Jika sabit kesalahan, kedua-dua pasangan itu boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup.Pembunuhan bagi memelihara maruah keluarga ini sering berlaku di Pakistan terutama melibatkan perkahwinan yang tidak dipersetujui oleh keluarga.

Badan pemantau hak asasi manusia di Pakistan melaporkan pada tahun lalu sahaja, seramai 943 wanita telah dibunuh dengan sembilan mangsa telah dipotong hidung, 98 lagi didera, 47 dibakar manakala 38 orang diserang dengan asid.

SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...