October 10, 2012

Penjenayah yang dihukum gantung sampai mati dan pernah menjadi banduan dipenjara pudu


Barlow & Chamber
Brian Geoffrey Chamber 28 tahun dan Kevin Barlow 27 tahun rakyat Australia menjadi rakyat asing pertama yang dihukum gantung sampai mati di penjara ini pada subuh 7 Julai 1986 kerana mengedar dadah di lapangan terbang Bayan Lepas pada tahun 1983.
Botak Chin ( Wong Swee Chin )

Merupakan penjenayah terkenal ketika ini kerana merompak orang-orang kaya untuk dibahagi-bahagikan hasilnya pada orang miskin. Botak Chin dihukum gantung sampai mati atas kesalahan senjata api.

Hau Tsui Ling 

Seorang pelayan kelab malam rakyat Hong Kong, menjadi pesalah wanita pertama dihukum gantung sampai mati atas kesalahan mengedar dadah di Lapangan Terbang Bayan Lepas pada tahun 1983 bersama-sama Barlow dan Chamber.

Mona Fandey


Mona Fandey juga pernah ditahan di penjara ini sebelum dipindahkan ke Penjara Kajang pada  2 Nov 2001 untuk digantung.

Jimmy Chua


Banduan yang hampir melepaskan diri serta menjadikan sua orang doktor sebagai tebusan pada 17 Oktober 1986. Jimmy Chua ditahan atas kesalahan menembak mati seorang Konstabel Mohd Yasin Ismail pada 8 Februari 1984.

Lain-lain kisah


Khong Yen Chong menerima anugerah pelukis lukisan tembok penjara yang terpanjang didunia oleh Book of Guinness semasa beliau menjadi tahanan di penjara pudu sekita tahun 80an.




Gambar penjara pudu dari pandangan atas,

Kredit : Penyingkap Fakta

Kredit : Penyingkap fakta
Comments
0 Comments

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...