April 13, 2014

Punca Masalah Kegemukan

Umum sedar akan keburukan obesiti, berat badan berlebihan atau kegemukan. Namun tidak ramai yang ambil kisah terhadap perkara tersebut kerana obesiti dianggap perkara biasa dan tidak berbahaya.
1- Ketidakseimbangan Tenaga.
Ketidakseimbangan tenaga menyebabkan berat  badan berlebihan dan obesiti. Imbangan tenaga bermakna tenaga yang diterima adalah sama tenaga yang digunakan.
Tenaga yang diterima adalah nilai kalori yang anda perolehi daripada makanan dan minuman. Tenaga yang digunakan adalah jumlah tenaga yang badan anda perlukan untuk perkara-perkara seperti bernafas, penghadaman  dan aktiviti fizikal. Untuk mengekalkan berat badan yang sihat, kalori yang anda terima tidak perlu seimbang dengan tenaga yang anda guna.

Seandainya jumlah kalori yang diterima sama dengan jumlah tenaga yang digunakan, berat badan tidak berubah.

Sekiranya  jumlah kalori yang diterima kurang daripada jumlah tenaga yang digunakan, berat badan anda menyusut.

Berat badan berlebihan dan obesiti berlaku dengan pantas apabila anda mengambil kalori lebih daripada apa yang diperlukan oleh tubuh anda.

2-Tabiat Pemakanan.
Obesiti di Malaysia banyak berpunca dari tabiat pemakanan harian dan cara sajian makanan disediakankan. Setiap hari rakyat Malaysia akan bersarapan dengan nasi lemak, roti canai dan teh tarik. Ketika makan tengahari kita akan makan nasi dengan lauk ikan goring, ayam goring, kari, sayur lemak dan masak merah. Begitu juga dengan makan malam.
Pengambilan makanan yang berlemak tinggi dan terlalu manis yang berpanjangan boleh membawa kepada masalah kegemukan.

Keadaan ini diburukan oleh sikap sesetengah individu yang mengalami  amat responsif  terhadap bau makanan. Bau makanan mampu  menimbulkan  rasa lapar secara psikologi yang mendorong kepada pengambilan makanan. Individu seperti ini akan sentiasa mengambil makanan walaupun di luar waktu makan. Oleh itu obesiti akan berterusan.

3- Kurang Bersenam.
Kebanyakan rakyat Malaysia tidak mengamalkan cara hidup sihat. Mereka mempunyai sikap malas bergerak dan tidak suka bersenam. Sikap ini semakin menjadi-jadi sejak wujudnya kemajuan teknologi dan internet. Orang ramai lebih suka menggunakan mesin basuh,  blender,  lif , eskalator, perbankan internet dan shopping online.

Apabila terlalu memanjakan tubuh tanpa melakukan sebarang pergerakan besar, lemak akan terus terkumpul dalam badan kita.  

Obesiti menyebabkan aktiviti sukan menjadi sangat sukar dilakukan. Ia akan menyebabkan  penurunan kadar  metabolisme tubuh. Akhirnya badan semakin gemuk dan obesiti.

4-Kurang Tidur.
Kajian menunjukkan bahawa kurang tidur meningkatkan risiko obesiti. Satu kajian terhadap sekumpulan remaja menunjukkan bahawa kurang tidur meningkatkan kemungkinan obesiti.
Tidur yang cukup membantu mengekalkan keseimbangan hormon ghrelin (yang membuat anda berasa lapar) atau leptin. Apabila anda tidak mendapat tidur yang cukup, tahap ghrelin akan meningkat dan tahap leptin akan menurun. Ini menjadikan anda rasa lebih lapar daripada waktu anda berehat.

 Tidur juga mempengaruhi tindakbalas tubuh anda terhadap insulin iaitu hormon yang mengawal kadar glukosa dalam darah anda. Kekurangan tidur menyebabkan paras gula dalam darah meningkat.Inimeningkatan risiko anda untuk menghidap penyakit kencing manis.

Kesimpulannya, untuk mengelakkan obesity anda perlu mengawal pemakanan, bersenam dan memastikan masa tidur andat mencukupi.

Misteri Kehilangan MH370

Misteri kehilangan MH370 sekarang ini telah dibicarakan secara serius di seluruh dunia. Pelbagai teori dan andaian dibuat untuk dikaitkan dengan kehilangan tanpa sebarang pertunjuk.
Man Of Steel MH370
Memang sifat manusia yang suka membuat telahan dan andaian dan kadangkala diluar jangkaan akal kita berfikir.
Baru-baru ini, timbul pula dakwaan yang menggatakan kehilangan pesawat MH370 telah dinyatakan secara simbolik lebih awal dalam filem blockbuster Hollywood, “Man of Steel”.
Di bawah ini video dakwaan berkenaan.
Salah satu babak dalam filem Man of Steel, telah memaparkan nombor 370 secara jelas di atas sebuah kenderaan panjang seperti bas.
Jika dilihat dengan teliti, tertulisnya: M.I.A 6 – 370
Yang boleh diertikan sebagai;
  • MIA = Missing In Action
  • MIA = Malaysia International Airport
Manakala nombor 6 jika dikira secara abjad adalah sama kedudukan dengan huruf F yang membawa maksud kepada Flight.
  • 6 = F (Flight)
Man Of Steel MH370 [2]
Menurut teori ini, mengikut kiraannya matematiknya, CIA terlibat dalam perancangan menghilangkan pesawat MH370!
Pendedahan yang kedua pula, dalam filem tersebut, Superman ada menyebut perkataan Lautan Hindi.
“If I don’t stop that machine over the Indian Ocean”
Adakah sebutan ini secara kebetulan? Pembaca boleh berfikir sendiri kan…
24 Mac lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib mengumumkan pesawat MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. Pengumuman ini dibuat berdasarkan data-data kukuh yang diberikan oleh INMARSAT.
Pelik kan?
Teori ini juga kelihatan didalam filem Mission Impossible III 2006 apabila salah satu babak dalam filem Mission Impossible III 2006 ada memaparkan logo Malaysia Airlines secara horizontal dalam keadaan yang musnah akibat letupan di China.
Logo yang sama juga muncul di filem Transformers: Revenge of the Fallen pada tahun 2009 juga di China.
Mission Impossible III 2006 and Transformers With MH370 Symbol
Adakah masih kebetulan? Dan segala-galanya seperti sudah dirancang sejak tahun 2006 lagi.
Pembaca boleh menilai sendiri. Tak perlu percaya, cukuplah sekadar membaca info dan membuat kesimpulan dengan apa yang ada.
Dan sekiranya ada dikalangan pembaca yang mahu mempertikai, sila berikan penjelasan yang munasabah untuk semua teori diatas.

Air Terjun Dalam Lautan




Mauritius adalah sebuah negara kepulauan di Lautan Hindi kira-kira 2,000 kilometer di tenggara benua Afrika.

Mauritius pertama kali ditemui oleh bangsa Arab pada tahun 975 Masehi, kemudian oleh Portugis antara 1507 dan 1513.
Sejak itu setelah tempoh penggantian dan penjajahan antara Perancis, Belanda dan Inggeris. Pulau ini menjadi republik pada tahun 1968.
Terletak di hujung barat pulau, anda akan menemui sebuah ilusi yang sangat menakjubkan.
Bila dilihat dari atas, larian pasir dan endapan lumpur mencipta ilusi ‘air terjun bawah laut’.
Pandangan satelit  Google Maps mencipta pemandangan dramatik dengan pusaran air kelihatan muncul di pantai syurga tropika ini.

Sea Water Fall - Mauritius

\

April 12, 2014

Pakar Sahkan Ping Dari Kotak Hitam MH370 Ditemui

MH370~Pakar Sahkan Ping Dari Kotak Hitam MH370 Ditemui

PERTH - AUSTRALIA. Para pakar di Australia dan Amerika Syarikat (AS) mengesahkan bahawa isyarat detikan yang dikesan kapal-kapal mencari pesawat Malaysia Airlines yang hilang di selatan Lautan Hindi merupakan peranti buatan manusia dan bukan bunyi semula jadi lautan, demikian menurut Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC).

Ketua Penyelarasnya, Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston berkata para pakar dari Pusat Analisis Akustik Bersama Australia (AJACC) di New South Wales dan pengeluar kotak hitam di Amerika Syarikat, mengesahkan bahawa isyarat 33.31 khz itu adalah daripada perakam data penerbangan sebuah kotak hitam.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat mengesahkan sama ada isyarat itu datang daripada kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370.

"Dua isyarat yang dikesan kapal pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield ialah pada 4.27 petang dan 10.17 malam semalam," katanya dalam sidang akhbar mengenai perkembangan usaha menjejaki pesawat MAS Penerbangan MH370 di sini hari ini.

Beliau berkata isyarat pertama berlangsung selama 5 minit dan 32 saat dan yang kedua, 7 minit.

Pada Isnin, kapal pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield mengesan dua bunyi akustik detikan dalam pencariannya selepas mengesan isyarat itu kali pertama pada Ahad, manakala kapal China Haixun 01 pula mengesan dua isyarat pada Jumaat dan Sabtu.

Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang pada 8 Mac setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam, kira-kira sejam kemudian ketika pesawat itu berada di ruang udara Laut China Selatan.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Operasi mencari dan menyelamat membabitkan pelbagai negara dilancar di Laut China Selatan selepas ada penemuan menunjukkan MH370 mengubah haluan jauh daripada laluan asal, sepanjang dua koridor iaitu koridor utara meliputi sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.
Rekod Frekuensi yang direkodkan

Pada 24 Mac, hari ke-17 operasi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi" berdasarkan analisis data satelit syarikat telekomunikasi United Kingdom, Inmarsat dan siasatan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom.

Houston berkata isyarat-isyarat itu semakin lemah dan ini mungkin disebabkan bateri kotak hitam hampir luput atau alat itu digerakkan oleh arus lautan.

"Lebih banyak isyarat-isyarat itu yang dapat kami kesan, kami dapat memperhalusi kawasan carian dengan lebih baik," katanya.

Katanya buat masa ini, kawasan carian bagi Ocean Shield adalah 25km persegi menggunakan 'towed pinger locater', manakala carian di udara akan bermula di kawasan yang ditetapkan.

Houston berkata satu daripada cabaran dalam usaha mencari di dasar lautan ialah kelodak di dasar lautan yang boleh menghalang rakaman kamera visual dalam usaha mencari pesawat itu.

Katanya kelodak itu mungkin sedalam 10 meter atau lebih.

Sementara itu, pada sidang akhbar yang sama, Komander Pasukan Petugas Khas 658, Komodor Peter Leavy berkata mereka telah meletakkan 84 pelampung sonar yang dibiarkan terapung di kawasan carian di lautan bagi membantu Ocean Shield mengesan isyarat.

Katanya alat itu mempunyai beberapa sensor yang boleh mengesan sebarang isyarat sedalam 1,000 kaki (304.8 meter).

Beliau juga berkata penggunanan kapal selam tidak sesuai disebabkan keupayaan selamannya terhad berbanding kedalaman lautan iaitu 4,500 meter. - Bernama

Status Terkini Isu Cabul Prof Izzi Hj Ali

Status Terkini Isu Cabul Prof Izzi Hj Ali


Kes cabul yang melibatkan Prof Izzi kini hangat diperkatakan. Tidak wajar sekiranya seorang guru mengambil kesempatan ke atas anak didik mereka dan lagi tidak wajar sekiranya kita terus menghukum beliau.

Seperti yang kita sudah sedia maklum, sebelum ini Shuhada Raba telah membuat laporan polis dan kertas siasatan telah pun dibuka cuma pihak polis belum memanggil Prof Izzi untuk memberi keterangan.

Status Prof Izzi sebelum ini,
(An-Nisaa’: 78) : Di mana jua kamu berada maut akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu berada dlm benteng yang tinggi lagi kukuh
Status terkini Prof Izzi,
Setakat ni saya tidak boleh memberi kenyataan sbb ianya masih dlm siasatan.
Apa yang mengejutkan adalah, apabila ramai yang mengaku turut dicabul. Mari kita berdoa agar kes ini cepat diselesaikan kerana dibimbangi akan memberi kesan buruk kepada kedua-dua pihak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...