Albert
Einstein
Dialah Ilmuwan terkenal abad 20 yang terkenal dengan teori relativifnya. Dia
juga salah satu pemenang Nobel. Siapa sangka semasa kanak-kanak, beliau seorang
anak yang lambat bercakap dan juga mengidap Autisme iaitu penyakit yang sukar
untuk berkomunikasi dengan orang lain. Waktu kecil dia juga suka lalai dengan
pelajaran.
Bill Gates
William Henry Gates III, atau yang lebih dikenal Bill Gates adalah CEO
Microsoft. Ia juga merupakan seorang yang dermawan melalui kegiatannya di
Yayasan Bill & Melinda Gates. Ia adalah pertama dalam orang terkaya di
dunia versi majalah Forbes selama 13 tahun (1995 hingga 2007). Siapa sangka dia
sebelumnya pernah dibuang dari Harvard dan bekerja sebagai Office Boy.
Abraham
Lincoln
Kisah Lincoln merupakan contoh klasik orang-orang yang benar-benar berani
gagal. Gagal dalam bisnes pada tahun 1831.
-Dikalahkan di Badan Legislatif pada tahun 1832.
-Gagal sekali lagi dalam bisnes pada tahun1833.
-Mengalami patah semangat pada tahun 1836.
-Gagal memenangkan pertandingan pidato pada tahun1838.
-Gagal menduduki dewan pemilih pada tahun 1840.
-Gagal dipilih menjadi anggota Kongres pada tahun 1843.
-Dilantik menjadi anggota Kongres pada tahun 1846.
-Gagal menjadi anggota Kongres pada tahun 1848.
-Gagal menjadi anggota senat pada tahun 1855.
-Gagal Menjadi Presiden Pada Tahun 1856.
-Gagal Menjadi anggota Dewan Senat pada tahun 1858.
-Akhirnya pada tahun 1860 dilantik sebagai presiden Amerika yang ke-16 dan salah
seorang presiden yang sukses dalam sejarah Amerika.
Aristotle
Onassis
Di sekolah, ia bodoh dan suka mencari pasal dan berlagak seperti orang kaya.
Tidak aneh kalau ia diusir dari beberapa sekolah. Ia sering mendapat nombor
tercorot di kelasnya. Salah seorang gurunya berkata:
'rakan-rakan sekelas memuji dia kerana sikapnya, tetapi guru guru dan
keluarganya berputus asa. Semasa dia masih muda, dengan mudah orang dapat
melihat bahwa dia akan menjadi seorang di antara mereka yang akan menghancurkan
diri sama sekali atau sukses secara gilang-gemilang.'
Walaupun reportnya di sekolah semakin bagus, bakatnya untuk berniaga dan
mencari wang telah nampak sejak kecil. Akhirnya dia menjadi seorang jutawan.
Adam Khoo
Dia rakyat Singapura. Waktu kecil, dia adalah penggemar games yang ekstrem
dan TV. Seharian dia boleh duduk di depan TV. Baik main PS atau permainan yang
lainnya.
Adam Khoo pun dikenali sebagai seorang anak bodoh. Ketika darjah empat , dia
dikeluarkan dari sekolah. Pernah dimasukkan ke Sekolah Rendah terburuk di
Singapura. Ketika akan masuk Sekolah Menengah, dia ditolak oleh enam Sek Men
terbaik di sana. Akhirnya, dia belajar di Sek Men terburuk di Singapura. Begitu
buruknya prestasi akademiknya, tapi lama kelamaan dia semakin baik justeru
kerana cemuhan kawan-kawannya, hingga akhirnya memperoleh kejayaan di dunia
perniagaan.
Prestasi Adam di dunia perniagaan bermula pada Adam berusia 26 tahun. Ia telah
memiliki empat perniagaan dengan total nilai aset setahun bernilai US$ 20 juta.
Kisah bisnes Adam bermula ketika ia berusia 15 tahun. Ia berniaga music box.
Bisnes berikutnya adalah pernigaan training dan seminar. Pada usia 22 tahun,
Adam Khoo adalah trainer peringkat nasional di Singapura.
Pelanggan-pelanggannya adalah para manager dan top manager perusahaan-perusahaan
di Singapura. Bayarannya mencapai US$ 10,000 per jam.