November 28, 2012

Potong Jari Simbolik Kematian


Suku Dani dari Papua, Indonesia memotong jari mereka sebagai satu cara memaparkan kesedihan di upacara pengebumian dan melumur muka mereka dengan abu dan tanah liat sebagai simbolik kesedihan. Mereka percaya jika si mati adalah kuat  berkuasa di dunia, ia dipercayai bahawa roh-roh mereka akan mengandungi kuasa yang sama juga.


Untuk menyenangkan hati dan mengusir roh-roh ini, beberapa amalan yang mengejutkan telah diikuti. Anak-anak gadis yang berkaitan dengan orang yang mati akan memotong bahagian hujung jari. Sebelum dipotong, jari akan diikat dengan tali selama lebih 30 minit. Selepas pemotongan, hujung jari dibiarkan kering sebelum dibakar dan abu dikebumikan di suatu kawasan khas.





Amalan ini telah diharamkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Walau bagaimanapun, kaum wanita yang lebih tua boleh dilihat dengan jari separuh pada tubuh mereka sebagai bukti amalan ini pernah dilakukan pada masa dahulu.

November 27, 2012

Penjara Yang Paling Kejam

1. Candiru Prison (Brazil)


Penjara ini pernah mengemparkan Brazil juga dunia ketika berlaku rusuhan besar di penjara tersebut pada tahun 1992. Tragedi pembunuhan yang melibatkan polis tempatan. Ratusan mangsa terkorban, 103 (ada yang mengatakan 111 banduan) di antaranya telah terbunuh.
Tragedi Caradiru bermula dari meletusnya perang antara kumpulan di penjara tersebut, yang merebak hingga melibatkan banyak banduan. Polis kemudian datang mengawal keadaan.

Sebenarnya semasa itu banyak banduan telah menyerah dengan melemparkan senjata mereka . Mereka meminta perlindungan polis namun dijawab polis dengan menembak mereka. 


2. Bang Kwang Prison (Thailand)


Dikenali sebagai “Bangkok Hilton”. Penjara ini boleh dikatakan sudah tidak layak lagi, selain penuh sesak, juga kekurangan tenaga penjaga banduan. Banduannya dirantai. Banyak banduan jadi gila akibat tekanan bermula bulan-bulan pertama di penjara itu.


Pengarah Penjara Khun Nattee mengakui, penjaranya adalah paling teruk di seluruh Thailand. Di sini kemudahan sangat minima, termasuk rawatankesihatan terhadap banduan sangat kurang. Banduan yang sakit hanya boleh meringkuk dengan kaki dirantai di biliknya, sambil menunggu datangnya ubat (jika ada).


3. ADX Florence Supermax Prison: (Colorado) 


Penjara ini dibina sebagai respon atas serangan terhadap penjaga banduan dan kakitangan yang terjadi di penjara lain di Amerika. Di penjara ini menerapkan maximum security untuk mencegah terjadinya serangan banduan terhadap penjaga banduan dan kakitangan penjara.

Akibatnya banduan diasingkan dari kakitangan penjara. Banduan menerima penyiksaaan psikologi kerana selama 23 jam hanya dihabiskan di selnya. mereka tak boleh ke mana mana.


Menjadi banduan di ADX adalah suatu mimpi buruk tidak boleh dilupakan oleh mereka. Di sana mereka menerima keadaan paling teruk dari yang terburuk. Banduan yang masuk ke sini adalah penjenayah kelas pertama termasuk yang telah berkali-kali masuk penjara. Di sinilah “neraka” penjara yang boleh mengakibatkan derita seumur hidup.


Selama 13 tahun beroperasi, dua orang tawanan diberitakan mati terbunuh di ADX Florence. Salah seorangnya Lawrence Klaker. Ada yang menyebut dia mati ditembak, tapi ada juga yang mengatakan beliau membunuh diri.


4. Alcatraz Island Prison: (San Francisco, CA)


Penjara ini, yang dikenali sebagai “The Rock”, atau “Devil’s Island”. Dibina pada tahun 1920-an. Segala yang tidak nyaman ada di sini. Alcatraz dirancang sedemikian rupa sehingga amat kecil kemungkinan banduan boleh melarikan diri dari sini. Alcatraz benar-benar menciptakan dunia sendiri. Banduan benar-benar terputus hubungan dengan kehidupan di luar sana.

Pejabat penjara yang ganas, penjaga banduan yang kasar, tindakan tidak berperikemanusiaan mewarnai hari-hari para banduan di sana. Tidak hairan jika banyak yang mengalami gangguan jiwa akibat tekanan psikologi yang luar biasa.


Bayangkan saja, di sana ada larangan untuk tidak boleh bercakap-cakap dengan banduan lain, kalau tidak menurut, hukuman menunggu. Banduan dilarang menzahirkan emosinya. Mereka dipaksa diam. Hak-hak sebagai manusia, di Alcatraz, telah dicabut. Sungguh penjara “neraka”. Penjara ini ditutup pada 1963, tetapi warisan kegelapan terus “hidup” dan menjadi legenda.




Bahaya Penyakit Anoreksia

Anoreksia, istilah ini mungkin cukup asing buat kita. Apa sebenarnya pengertian Anoreksia atau biasa di sebut dengan Anoreksia Nervosa adalah penolakan atas diri seseorang terhadap segala bentuk makanan yang biasanya disebabkan oleh ketakutan seseorang terhadap peningkatan berat badan sehingga orang tersebut mengurangkan makan secara extrim, yang akhirnya justeru mengancam keselamatan jiwanya.

Para penghidap anoreksia sedemikian berjayanya dalam mengurangkan berat badannya hingga membahayakan keselamatan jiwanya.

anoreksia ditandai oleh ketakutan yang tidak wajar terhadap kemungkinan mengalami kenaikan berat badan dan kehilangan kemampuan mengawal makan. Para penghidap anoreksia bangga akan diet dan kawalan tambahan keras yang dilakukannya.

Ciri ciri Anoreksia Nervosa meliputi:

* Tidak mahu mengekalkan berat badan pada tahap normal atau sedikit di atas normal
* Ketakutan bahawa berat badan akan naik
* Menganggap berat badannya sudah ideal
* Tidak mengalami haid.

Walaupun pengurangan berat badan adalah ciri yang paling jelas terlihat pada anoreksia nervosa, tetapi sesungguhnya hal itu bukan inti gangguannya. Banyak orang kehilangan berat badan akibat keadaan perubatan tertentu, tetapi pesakit anoreksia mempunyai ketakutan yang mendedah terhadap obesiti dan berusaha keras untuk menjadi kurus.


Gangguan ini paling sering muncul pada remaja yang memang kegemukan atau mempersepsi bahawa dirinya terlalu gemuk. Ia lalu mula berdiet keras, yang terus membua dia sampai ke titik di mana ia terjebak dalam obsesif untuk menjadi kurus.

Olah raga berat, yang nyaris seperti menghukum diri sendiri, juga lazim dilakukan. Pengurangan berat badan secara dramatik diperolehi dengan menyekat pengambilan kalori.

Seorang penghidap anoreksia tidak pernah puas dengan penurunan berat badannya. Berat badan yang tetap antara hari ini dan keesokan harinya atau setiap penambahan berat badan boleh mengakibatkan panik, kecemasan dan kemurungan.

Ketika memandang tubuhnya di cermin, ia melihat sosok yang sangat berbeza dengan apa yang dilihat oleh orang lain. Orang lain melihatnya sebagai gadis yang kurus kering dan lemah, seperti seorang penghidap kelaparan, sedang yang bersangkutan melihatnya sebagai gadis yang perlu mengurangkan berat badannya ...

Biasanya mereka pintar memilih ucapan yang ingin di dengar orang lain. Mereka mungkin mengatakan setuju bahawa berat badannya memang kurang dan perlu menambah, tetapi sesungguhnya ia tidak mempercayainya.

Mungkin untuk menunjukkan bahawa dirinya mampu mengawal makanannya, sebahagian penghidap anoreksia menunjukkan minat yang besar pada masak memasak dan makanan. Sebahagian menjadi tukang masak yang handal, yang menyediakan makanan untuk seluruh keluarganya. Sebahagian yang lain menimbun makanan di biliknya dan memandanginya dari masa ke masa.

Tanda dan gejala perubatan anoreksia lain termasuk kulit kering, rambut dan kuku yang rapuh dan sensitif terhadap sejuk.

Berikut ini gambar gadis penghidap Anoreksia sejuk yang sangat akut, persepsinya tentang makanan membuatnya kurus kering seperti rangka hidup.















Sumber
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...