May 05, 2013

Kerana Ayah



(Sila Baca dan Hayatilah jika anda betul-betul sayangkan ayah anda)
Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari.. Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?
Semasa kecil,ibu lah yg lebih sering mendukung kita.. Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian.
Saat kita sakit atau demam, ayah sering membentak “sudah diberitahu! jangan minum ais!”.Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??
Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata “tidak boleh!”.. Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.
Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya… Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..
Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah atau kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi. Tanpa menolak, beliau memenuhinya.. Saat kamu berjaya.. Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu.. Ayah akan tersenyum dengan bangga..
Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah.. Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya.. Dan akhirnya.. Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya.. Ayah pun tersenyum bahagia..
Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?
Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia.. Dan dia pun berdoa “Ya Tuhan, tugasku telah selesai dengan baik.. Bahagiakan lah putra putri kecilku yang manis bersama pasangannya”..
Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk.. Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..
Sayang Ayah sepanjang masa sayang Ibu membawa ke Syurga

Antara Amalan-Amalan Melayu Yang Mengalami Tranformasi



1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.
Alhamdulillah sekarang ramai jiran-jiran terutama orang kampung bersama-sama membantu. Itu yang diharapkan seperti dalam hadis ini :
“Abdullah bin Ja’far berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya Ja’far, Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Ja’far, mereka telah ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan)”
(Dihasankan oleh at-Turmizi dan di sahihkan oleh al-Hakim)
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri.
Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam.
Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.

Cara terbaru menyebar Virus HIV



Cara terbaru menyebar Virus HIV
Berikut adalah artikel yang perlu diambil perhatian sekiranya anda belum membacanya… Sila baca artikel berikut mengenai orang yang HIV positif seronok menyebarkan virus HIV. Ianya pernah ke udara di dalam Televisyen Thai di mana pesakit HIV ditangkap & didakwa, tapi apa gunanya, beliau
telah merosakkan ramai orang awam yang tak berdosa. Jadi sila berhati-hati… Beberapa tempat berbahaya dan kebarangkalian menemui jarum penyuntik yang telah digunakan penagih
1. Di kawasan pantai. Apabila anda berjalan di pantai sila pakai selipar atau kasut, ada penagih dadah yang melakukan aktiviti di tepi pantai dan menimbus jarum penyuntik di dalam pasir. Penyuntik ini kemudiannya terdedah akibat ombak.
2. Di kawasan permainan kanak-kanak. Satu lagi kawasan pilihan penagih.Terdapat kes di Australia di mana kanak kanak yg tak berdosa telah tercucuk jarum penyuntik apabila beliau turun daripada papan lunsur & kemudiannya didapati HIV positif.
3. Di panggung wayang. Sila pastikan kerusi yg anda duduki. Kes yang terjadi apabila seorang perempuan duduk di kerusi beliau dan terasa sesuatu benda mencucuk. Beliau berdiri dan mendapati ada penyuntik dan nota berbunyi ‘Welcome to the real world, you are now HIV positive’ . Doktor telah memeriksa jarum tersebut & mengesahkan ianya terdapat
virus HIV. Ianya berlaku di Hawaii jadi berhati-hati… …
4. Di Georgia & Florida , ada kes menunjukkan pesakit HIV meletakkan penyuntik di dalam tempat mengembalikan syiling, mesin air minuman… jadi pastikan bila anda membeli air atau kandi, perhatikan betul-betul tempat mengembalikan wang syiling… .mungkin terdapat jarum penyuntik di
dalamnya.
5. Di restoran Burger King, pesakit HIV yang juga pekerjanya
meletakkan sedikit darah di dalam burger & mencampurkan dengan mayonis dan salad. Ianya seperti sos. Jadi cuba jangan pesan burger dengan mayonis & sos Order di tempat lain. Ini adalah nyawa anda.
Sila SEBARKAN maklumat ini sebanyak mungkin kepada orang lain, especially orang yang anda cintai, anak anda dan sesiapa saja…

Bahaya Paracetamol



Jangan ambil Panadol Actifast atau Soluble jika anda rasa demam atau sakit kepala. Pengambilan panadol tersebut boleh memudaratkan kesihatan anda untuk pada masa akan datang.
“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.
Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.
Alternative Treatment ( Tips )
Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidakseimbangan elektron/ion di dalam sel otak .
Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik (Misal 100 plus kah) campurkan dengan air minuman pada
kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.
Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.
Panadol adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan. Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat.
Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?
Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat
yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.

Permainan Video Yang Membunuh Manusia



1. Membunuh Polis Akibat Terpengaruh Permainan Video "Grand Theft Auto: GTA"
Seorang lelaki, Devin Moore telah membunuh seorang anggota polis mencuri kenderaan peronda polis berkenaan akibat terpengaruh dengan sebuah permainan video bercorak ganas, "Grand Theft Auto: GTA". Moore dikatakan telah merampas pistol daripada salah seorang anggota polis tersebut sebelum menembak 3 anggota polis lainnya dan merampas kenderaan peronda mereka. Semasa dia ditangkap, dia sempat berkata sesuatu kepada pihak polis yang berbunyi, "Hidup umpama sebuah permainan video,bila tiba masanya kau pasti akan mati."

2. Anak Perempuan Berusia 2 Tahun Dipukul Sampai Mati Dengan Alat Kawalan Jauh Game
Darisabel Baez, anak perempuan kepada Neida E. Baez (19 tahun) yang berusia 2 tahun telah dipukul sehingga mati dengan menggunakan alat kawalan jauh permainan video oleh teman lelakinya, Harve L. Johnson pada April 2008. Anehnya, si anak tadi telah dibawa kepada ibunya dalam keadaan basah kuyup selepas si teman lelaki cuba menyedarkannya kembali di bilik mandi. Harve menolak untuk menjelaskan motifnya berbuat demikian kepada pihak polis.


3. Remaja Bunuh Ibu Kandung Kerana Permainan Video "Halo 3"
Setelah ibu dan bapanya merampas permainan video 'Halo 3' daripadanya, Daniel Patrick, berusia 17 tahun telah menemui permainan video yang disorokkan ibu bapanya bersama dengan sepucuk pistol 9mm. Dia kemudiannya mengambil permainan video tersebut bersama dengan pistol 9mm menuju ke arah ibu bapanya. Dia sempat meminta ibu dan bapanya menutup mata kononnya dia mempunyai "kejutan" untuk mereka sebelum melepaskan tembakan. Si ayah terselamat dengan keadaan kritikal manakala si ibu mati di tempat kejadian.

4. Lelaki Bunuh Anak Perempuannya Kerana Rosakkan Konsol Xboxnya.
Tyrone Spellman, 27 tahun bermain dengan Xbox nya ketika anak perempuannya yang berusia 17 bulan menarik beberapa kabel dan menterbalikkan konsol Xbox nya itu ke lantai sehingga rosak. Tyrone menjadi sangat marah dan telah memukul anak perempuannya itu dengan "kekuatan yang mampu meretakkan tengkorak" berulang-ulang kali. Proses bedah siasat juga menemui keadaan lengan anaknya itu yang patah yang tidak diketahui pekerja sosial 2 minggu sebelum kematian mangsa.



6. Remaja 13 Tahun Bunuh Diri Gara-Gara Permainan "World of Warcraft"
Xiao Yi yang ketika itu berumur 13 tahun melompat terjun daripada sebuah bangunan 24 tingkat. Pesan yang dia tinggalkan untuk ibubapanya telah ditulis berdasarkan sudut pandang karakter game yang dimainkannya. Lebih parah lagi, pesan tersebut turut menyatakan hasrat Xiao Yi untuk menemui tiga teman gamenya itu dalam kehidupan selepas mati. Sebelum kejadian, orang tuanya pernah mempersoalkan ketagihannya itu dan dia menjawab yang "dirinya sudah diracuni oleh permainan video dan tidak dapat mengenali siapa dirinya lagi"

7. Bunuh Diri Angkara Permainan Video "Everquest"
Kisah pembunuhan ini masih diperdebatkan, namun faktanya adalah Shawn Wolley yang berusia 21 tahun dikatakan telah bermain permainan video online 'Everquest' selama berjam-jam lamanya sebelum menembak mati dirinya sendiri di hadapan komputer miliknya. Ibunya menemui mayat anaknya itu dengan pesan tertentu pada katilnya berhubung permainan video yang dimainnya, namun tidak ada satupun yang menjadi bahan bukti.

Jeritan Pokok Dahaga Air




SEKUMPULAN saintis Eropah percaya, mereka berjaya merakamkan bunyi jeritan pokok yang sedang dahaga.

Seorang pakar mendedahkan, hasil kajian mereka mendapati, pokok-pokok yang hidup menghasilkan bunyi ultrasonik sewaktu menyerap lembapan di musim kering.

"Lagi banyak lembapan diserap, lagi kuat bunyi ultrasonik dikeluarkan.

Namun, bunyi berkenaan 100 kali lebih pantas daripada pendengaran manusia," kata ketua pengkaji, Philipe Marmottant.

Penyelidik dari Universiti Grenoble, Perancis itu turut percaya, tumbuhan yang bernyawa dengan karbon dioksida mampu memperlahankan proses penyerapan dan mengurangkan julat ultrasonik di udara. Menurut laporan MailOnline.

Rangka Romeo Dan Juliet

RANGKA sepasang kekasih berusia antara 1450 dan 1550 tahun ditemui dalam posisi berpegangan tangan di Republik Dominican.

Dipeti MailOnline, arkeologi dari Cluj-Napoca Institute of Archaeology and History of Art, Adrian Rasu mendakwa, rangka itu kemungkinan milik sepasang kekasih Romeo and Juliet.

“Penemuan ini timbul misteri kerana penguburan sedemikian belum pernah terjadi ketika zaman itu. Rangka lelaki berkenaan dalam keadaan luka parah kerana pinggangnya patah berbanding rangka wanita yang masih sempurna,” katanya.

Beliau berpendapat, pasangan itu disemadikan bersama sebagai penghormatan cinta mereka oleh penduduk kampung ketika itu.



rnjxx.jpg
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...