April 20, 2013

10 Fakta Tentang Kelahiran Yang Patut Kita Tahu !



10 Fakta Tentang Kelahiran Yang Patut Kita Tahu !

1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka.. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya..

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml..

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan..

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi..

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak..

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya..

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu..

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa..

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji..

Membezakan Ais Batu itu Masak Atau Tidak


Ais dari air mentah berwarna putih kerana masih banyak gas yang terperangkap di dalamnya. Biasanya, ais yang dibuat dari air mentah adalah ais blok. Ais ini jelas-jelas tidak baik dimakan/minum, lebih-lebih lagi jika airnya diambil dari sumber air yang tercemar.


Ais dari air masak akan kelihatan jernih kerana gas di dalam air terlepaskan ketika proses perebusan. Biasanya, ais seperti ini disebut ais kristal. Sekarang, ais kristal sudah banyak digunakan, ianya berbentuk kiub dan berlubang, berlubang di tengah-tengah.

Makan Sekilo Batu Setiap Minggu





Teresa mula menyedari nafsu makan pelik beliau itu ketika sebuah gelas kaca terhempas, dan beliau merasa sangat berselera apabila melihat serpihan kaca-kaca tersebut. Sejurus selepas itu Teresa mula memakan benda-benda pelik dan mendapati memakan batu adalah yang paling sedap sekali.

”Batu adalah hidangan yang paling sedap buat masa ini, dalam seminggu saya makan hampir 1.3 kg batu. Namun begitu kuantiti batu yang dimakan bergantung pada mood saya. Saya akan merasa sangat selesa jika dapat makan batu, saya akan merasa gusar dan susah hati jika tiada batu di rumah saya untuk dimakan

”Setiap petang beliau akan berjalan-jalan sambil mencari batu untuk dimakan, katanya.

Teresa hanya memilih batu yang lembut dan rapuh untuk dimakan. Beliau menjadi bertambah berselera jika batu-batu yang dikutipnya itu bewarna-warni. Beliau pernah memakan lumpur disebabkan tiada batu yang dijumpai pada ketika itu.

Kadangkala beliau mengunyah batu-batu kecil seperti mengunyah chewing gum. Namun begiu kehadiran teman lelaki (kini telah menjadi suami) di dalam hidupnya telah merubah segala-galanya. Beliau kini sedang menjalani rawatan psikologi bagi mengubati penyakit yang dialami.

”Jim buat saya rasa gembira dan tidak sunyi lagi, jadi saya sedang berkira-kira untuk menghentikan memakan batu”.

Teresa mengaku tidak pernah jatuh sakit kerana memakan batu, namun begitu beliau amat jarang membuang air besar dan selalu merasa sakit di bahagian perutnya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...