May 03, 2013

Kepentingan Sarapan Pagi



Sarapan pagi adalah HIDANGAN PALING PENTING selepas tubuh kita "berpuasa" sepanjang malam. Sarapan pagi boleh membantu kita untuk mengekalkan paras gula darah yang sihat, yang mana ia adalah penting untuk mengekalkan kesihatan kita secara keseluruhan. 

Pastikan sarapan pagi kita lengkap dengan zat-zat penting yang mengandungi kombinasi nutrisi seperti protein, vitamin,
 mineral, karbohidrat(rendah), lemak(rendah), dan air. Sarapan pagi seperti ini lebih mengenyangkan untuk memberi tubuh nutrisi penting dan tenaga tanpa meningkatkan kadar gula darah dan kadar insulin. Sarapan yang baik akan menyediakan tenaga segera untuk sel-sel otak berfungsi pada waktu pagi.

Elakkan mengambil sarapan pagi mengikut apa yang digemari tanpa mementingkan khasiat. Badan kita memerlukan makanan sihat dan berkhasiat untuk memberi tenaga bagi mencapai yang terbaik. Makanan yang tidak berkhasiat boleh merosakkan organ tubuh yang lain. Organ yang paling banyak terjejas akibat tidak mengambil berat mengenai sarapan adalah pankreas kerana organ ini berfungsi untuk menghasilkan jus gastrik dan insulin. Sekiranya ini berlaku secara berterusan, pelbagai penyakit lebih mudah terjadi seperti diabetes, kenaikan berat badan dan juga penyakit darah tinggi.

FAEDAH BERSARAPAN:• Hidup menjadi lebih sihat
• Sebagai sumber tenaga tubuh
• Dapat meningkatkan kemampuan otak
• Membantu tubuh menjadi langsing
• Tumpuan dan mood menjadi lebih baik
• Sebagai pelindung jantung anda

ELAKKAN SARAPAN YANG MANIS kerana ia akan menyebabkan kita cepat lapar dan makan lebih banyak pada waktu tengah hari.

Pandangan Serangga Dengan Lebih DekaT

Gambar - gambar marco ini diambil oleh seorang photographer, Nicolas Reusens. Beliau mempunyai banyak koleksi gambar - gambar serangga versi marco, namun ini adalah yang terbaik dipilih oleh beliau sebagai karya yang paling COOL pernah beliau tangkap.















Sumber :
<a href="http://penpatah.blogspot.com/2013/02/cool-mari-melihat-serangga-dengan-lebih.html">COOL : Mari Melihat Serangga Dengan Lebih DekaT</a>

Pasar Untuk Pengamal Voodoo

Akodessewa Fetish Market yang terletak di Togo ini dikenali sebagai fetish market yang terbesar di dunia. APe yang membuatkan pasar ni special ialah ianya menjual alatan untuk ritual Voodoo yang diamalkan secara meluas di Africa. Pasar ini menjual bermacam-macam barangan yang pelik dan seram seperti bahagian badan haiwan, tulang, tengkorak dan juga ubat-ubatan yang pelik.














Sumber http://penpatah.blogspot.com/2012/12/horror-akodessewa-fetish-market-pasar.html

Manusia Dengan Organ Tubuh Terbesar Di Dunia.

Manusia mempunyai bahagian tubuh yang normal dalam ukuran yang normal, namun bagaimana jika salah satu bahagian tersebut besar dan panjang? Pasti akan menjadi suatu keistimewaan dan menjadi perhatian di mata masyarakat. Berikut adalah 12 manusia dengan organ tubuh terbesar di dunia.

1. Stephen Taylor - lidah terpanjang di dunia

Deria rasa yang lazimnya kita miliki biasanya hanya sepanjang 5 hingga 6 sentimeter. Rekod lidah terpanjang di dunia dipegang oleh lelaki warganegara England bernama Stephen Taylor.

Beliau mempunyai lidah sepanjang 9,5 sentimeter dari hujung sehingga bahagian tengah lidah dalam keadaan mulut tertutup. Stephen menerima gelaran tersebut dalam acara 'Lo Show dei Record' di Milan, Itali pada 5 Januari 2006 yang lalu dan hingga sekarang ini belum ada yang berjaya memecahkan rekod tersebut. 




2. Francisco Domingo Joaquim - mulut terbesar di dunia

Francisco Domingo Joaquim dari Sambizanga di Angola telah dianugerahi gelaran manusia dengan mulut terlebar di dunia. Dengan demikian Francisco Domingo Joaquim boleh juga menjadi manusia dengan mulut dan rahang terlebar di dunia.

Lelaki yang lebih popular dikenali dengan nama Chiquinho ini menyertai pertandingan mulut terbesar di dunia di Roma, Itali. Susah untuk dibayangkan sebuah tin minuman softdrink boleh dimasukan sepenuhnya dalam mulut lelaki yang berusia 20 tahun ini.








3. Mehmet Ozyurek - hidung terbesar di dunia

Semasa pertandingan hidung terbesar di dunia tahun 2005, Mehmet Ozyurek dari Turki tercatat mempunyai hidung terbesar di dunia dengan rekod 8.8 cm. Hujung hidung sahaja mencapai 3,5 cm.






4. Kim Goodman - mata terbesar di dunia

Namanya adalah Kim Goodman. Kim Goodman adalah seorang wanita yang mampu menonjolkan matanya keluar dari rongga mata sepanjang 12 milimeter (0,47 inci). Dia memegang rekod dunia untuk penonjolan bola mata paling jauh.

Beliau tinggal di Chicago, Illinois. Kim mengetahui bakatnya ini suatu hari ketika ia menerima pukulan di kepala dengan kayu hoki. Bola matanya melompat keluar lebih jauh daripada biasanya dan sejak hari itu dia boleh menonjolkannya dalam keadaan sedar, dan juga ketika ia menguap.






5. Leonard Traenkenschuh - alis mata terpanjang di dunia

Leonard Traenkenschuh dari Port Townsend, Washington, mempunya 3 setengah inci alis mata (dan masih terus memanjang). Untai terpanjangnya adalah 3 ½ inci.

"Saya tidak bertujuan untuk menyimpannya untuk memecahkan rekod," ujar lelaki yang tinggal di Port Townsend sejak tahun 1980 dan bekerja di rumah sakit sebagai petugas transkripsi catatan perubatan.

"Ini baru saja terjadi." Leonard, 56 tahun, bukan orang yang sangat berbulu. Dia tidak punya janggut dan tidak memiliki jambang tebal atau bermisai. "Saya hanya ada alis mata subur," katanya.



6. Badamsinh Juwansinh Gurjar - misai terpanjang di dunia

Misai selalu menjadi bahagian penting dalam kehidupan lelaki. Beberapa dari mereka sangat berdedikasi dan bangga dengan misai, mereka akan sangat kecewa jika mereka kehilangan misai.
Bagi sesetengah lelaki misai adalah lambang kehormatan dan kelelakian. Beberapa dari mereka percaya bahawa mereka akan ditolak tanpa misai. Misai atau rambut wajah adalah sesuatu yang tumbuh selama bertahun-tahun dengan banyak perhatian dan kesabaran.




7. Sarwan Singh - janggut terpanjang di dunia

Rekod dunia janggut terpanjang dipegang oleh seorang lelaki bernama Sarwan Singh. Semasa satu upacara yang berlangsung di Surrey, Columbia, England. Singh mengukur panjang janggut yang dimilikinya.
Dia menginginkan panjang janggut yang ia miliki boleh memecahkan rekod Guiness Book Of Records. Setelah diukur, janggut Singh mempunyai panjang 189,5 cm dan memecah rekod dunia.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...