April 19, 2013

Mempersendakan Solat Dengan Tarian



Pelaku dalam video ini merupakan 5 orang pelajar Sekolah Menengah Atas Negeri (SMAN) 2 Tolitoli, Sulawesi Tengah. Mereka telah secara terang-terangan menghina agama Islam dengan mempermainkan solat.

Video ini telah dirakam pada 9 Maca 2013 dan pihak sekolah hanya mengetahuinya pada 30 Mac 2013. Pengetua sekolah terbabit telah pengsan sebanyak dua kali setelah melihat video perilaku para pelajarnya. Dia begitu terkejut dengan kejadian tersebut. Sekolah tersbut majoritinya ialah pelajar muslim dan kelas agama sentiasa diadakan. Tanpa ragu-ragu, kelima-lima pelajar tersebut telah dibuang sekolah serta merta.

Nama-Nama Yang Tidak Patut Diberikan Pada Anak



TENTU kita pernah mendengar ungkapan, 'Apa Ada Pada Nama' bukan? Telah terbukti bahawa nama amat penting dalam memain peranan terhadap diri seseorang individu/insan. 

Dalam program Tanyalah Ustaz, di TV9, Ustaz Sharhan Shafie seorang pengamal perubatan Islam menyatakan nama2 berikut merupakan antara nama-nama anak Jin. 

Walaupun sebutan nama-nama berkenaan sedap didengar dan maknanya elok, menurut pengalaman beliau yang banyak mengubat pesakit-pesakit berkaitan sihir dan gangguan makhluk halus, nama-nama ini boleh mendatangkan penyakit misteri kepada seseorang. 

Eloklah TIDAK mengambil nama-nama di bawah ini untuk dinamakan pada anak-anak :


1. Balqis
2. Mazda
3. Najwa
 4. Erisya/Erisha
5. Qistina/Kistina
6. Zaquan/Zakuan
7. Batrisya/Batrisha


Peringatan dari Ustaz Sharhan Shafie, kepada mereka-mereka yang mempunyai nama-nama seperti di atas TIDAK perlu untuk menukarkan nama tetapi cukuplah dengan menukar nama panggilan. Sebagai contoh, kalau nama NUR NAJWA...kalau sebelum ini nama panggilan adalah Najwa, elok ditukarkan kepada Nur saja.

Sesungguhnya segala macam penyakit sama ada sakit biasa atau misteri, semuanya datang dari Allah SWT. Bukan dari nama seseorang, semuanya ketentuan-Nya jua. Cuma apa yang ustaz Sharhan mahu sampaikan ialah dia selalu jumpa kes-kes pesakit yang datang untuk buat rawatan, pesakit itu namanya sama seperti nama-nama anak jin di atas. 

Sebab itulah dia menasihatkan kalau boleh elakkan memberi nama anak seperti nama anak yang selalu dipakai jin, walaupun tidaklah salah apatah lagi berdosa memakai nama tersebut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...