October 07, 2011

Black Mouselueum - Pusara MacKenzie




Edinburgh sangat terkenal sebagai syurga bagi pemburu hantu. Boleh dikatakan tiada tempat di ibukota Scotland ini yang tidak mempunyai sejarah seramnya yang tersendiri dan diantaranya ada satu kawasan yang amat popular dan menawarkan satu cerita menarik dan telah didokumentasikan dengan baik.

George MacKenzie (1638 - 1691) merupakan seorang ketua hakim yang amat kejam dan sering menjatuhkan hukuman tanpa belas kasihan semasa hayatnya. Kini, roh beliau (atau benda lain) dikatakan kembali menghuni pusaranya dan meneruskan keinginan jahat sebagaimana ketika beliau masih hidup

Pada tahun 1998, penceroboh telah memasuki pusaranya ini dan telah terpijak lantai yang reput lalu terperosok kedalam satu ruang dibawah yang dipenuhi dengan rangka manusia. Sejak dari itu, sebanyak 450 kes kejadian aneh telah dilaporkan, antaranya orang hilang ingatan, dirasuk , kejadian kebakaran secara tiba tiba dan penemuan bangkai haiwan dalam jumlah yang besar disekeliling makam tersebut. Para pengunjung pula telah dilaporkan ada yang patah jari, rambut ditarik dari belakang, ditumbuk atau ditendang oleh sesuatu, lebam , calar, melecur , melecet, loya dan menjadi bingung serta beberapa kes lagi yang agak terpencil.

Kebanyakan kesan yang menimpa pengunjung tidak disedari pada awalnya, sehinggalah mereka telah tiba ke rumah masing masing , atau ketempat penginapan , barulah ketika itu kecederaan yang menimpa mereka disedari. Ada juga kes yang mengatakan mereka diekori sehingga ke rumah. Apa juga yang mendiami Black Mouseleum, ia sememangnya ada dan sangat aktif.

sumber - Misteri & keajaiban alam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...