Berat badan Sophia loots (42 tahun) naik mendadak dari 89 kg menjadi 317 kg. Dia terlalu malu untuk mencari bantuan doktor kerana awalnya ia pikir keadaan tersebut terjadi kerana kebiasaan makan berlebihan.
Selama 5 tahun, ia harus tertahan di tempat tidur kerana kakinya yang membengkak tak boleh lagi digunakan untuk berjalan. Pada Oktober 2011 barulah ia mencari bantuan doktor.
Tubuhnya membesar menjadi begitu berat, sehingga tidak mampu melakukan tugas-tugas mudah seperti mencuci. Untuk ke tandas saja, ia memerlukan bantuan orang lain. Keadaan ini membuat Sophia menjadi tertekan dan berpaling ke makanan, yang akhirnya membuat berat badannya semakin naik.
Namun berat badannya yang begitu besar membuat rawatan akan sukar dilakukan. Sophia pun akhirnya melakukan diet radikal dan berjaya menurunkan berat badan sebanyak 23 kg dalam tempoh 25 hari.
"Saya benar-benar berfikir akan mati di tempat tidur. Ini mengerikan. Anak-anak saya mesti pulang ke rumah untuk membantu saya pergi ke bilik mandi. Suami saya harus bekerja keras, sedangkan saya hanya menghabiskan masa sendirian di tempat tidur, mengait, mendengar radio atau menangis, "ujar Sophia, seperti dilaporkan Daily Mail,
Kerana merasa tertekan, Sophia melampiaskan emosinya pada makanan. Ia akan makan roti dengan blok keju dan 3 bungkusan besar kerepek setiap hari. Ia juga minum 10 cawan kopi dengan 5 sudu gula dan krim, serta 2 liter soda.
"Makanan adalah keselesaan saya. Dalam masa 5 tahun, saya kehilangan segalanya, saya hampir tidak boleh menyebut diri saya ibu. Kaki saya terasa terbakar sepanjang masa. Saya kesakitan, ini penyeksaan," ujarnya.
Sophia akhirnya memberanikan diri berjumpa doktor pada Oktober 2011 dan memulakan rawatan pada bulan Jun 2012. Dia dibawa ke Johannesburg untuk rawatan. Di bawah pimpinan Dr Dirk le Roux, lebihan cecair dikuras dari kakinya dan kulit lebihan pun dibuang.
Setelah pembedahan untuk mengeringkan kaki dan menghilangkan kelebihan kulit, berat badan Sophia kini turun menjadi 127 kg.