October 05, 2011

10 Kelebihan Coke




1. Masukkan tulang  dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama 
sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2.Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan
selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang 
dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian 
untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh 
tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta
jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan 
Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6.Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin 
Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. 
Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi 
berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/  melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

8.Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh 
meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti 
suka ni!Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan
tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit 
osteoporosis.Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam 
lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti 
dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis
: bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan 
untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta 
berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah 
bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat. 

9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin
lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!

10.Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh 
kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah
Kenapa Orang Yahudi Tak Minum Coke dan Pepsi 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...