August 06, 2013

Budaya Pelik Seluruh Dunia


Susah nak cakap sapa yang mulakan budaya memanjangkan telinga nih. Sebab banyak budaya di dunia ini mempraktiskan perkara yang sama. Walau bagaimana pun, sehingga kini masih terdapat sesetengah kaum di dunia yang masih mengamalkan perkara ini seperti kaum etnik Masai di Kenya dan juga etnik Huaorani di Tengah Amazon.



Yang kat atas ini adalah etnik Apatani yang tinggal di lembah Arunachal Pradesh di Utara India. Wanita etnik ini dikatakan adalah yang paling cantik sekali dalam kalangan wanita yang terdapat di Arunachal. Justeru itu, sebagai langkah perlindungan, mereka dikehendaki untuk memakai plug kayu pada hidung mereka. Aduiii..



Ini pula adalah etnik Dinka di Sudan, yang diamalkan oleh lelaki untuk nampak gagah, dan wanita untuk nampak cantik. Proses meletakkan parut kekal pada muka ini adalah dengan menggunakan pisau cukur dan dilakukan oleh bomoh kampung. Mereka tidak akan menjerit atau menangis kerana ini akan menjatuhkan maruah mereka. 



Ini adalah festival yang diadakan di Phuket, Thailand pada setiap tahun untuk sambutan Pesta Vegetarian oleh komuniti Cina di sana. Diadakan pada bulan Oktober setiap tahun pada hari ke-10 festival tersebut berlangsung. Upacara ini diadakan bagi membolehkan peserta di atas dirasuki dan digunakan sebagai "medium" atau bahan perantaraan untuk Dewa Dewi.



Amalan menajamkan gigi ini juga banyak diamalkan oleh banyak budaya di dunia. Ini adalah termasuk di Bali, Indonesia, Vietnam dan juga di Sudan. Dalam budaya masyarakat Maya, menajamkan gigi serta meletakkan corak tertentu pada gigi tersebut menandakan anda adalah daripada keturunan bangsawan.



Sekalipun budaya meninggalkan parut terdapat dalam banyak budaya di dunia, namun amalan yang diamalkan oleh etnik Sepik River di Papua New Guinea adalah lebih menakutkan. Semua lelaki etnik ini wajib menjalani upacara ini apabila cukup umur untuk dewasa. Upacara dimulakan proses dimalukan dahulu oleh orang-orang tua dan seterusnya ditoreh dengan pisau cukur tajam bagi mendapatkan corak buaya di badan.



Ini juga adalah bentuk penderitaan yang selalu kita saksikan. Si bibir besar ini akan menggunakan cakera besar bagi meregangkan bibir mereka supaya kelihatan lebih cantik. Amalan ini masih diamalkan oleh sebahagian besar etnik kecil di Afrika dan Amazon. Semakin besar cakera yang digunakan, semakin tinggi lah nilai anda dalam status sosial etnik tersebut.



Amalan memanjangkan leher ini masih diamalkan oleh etnik wanita Kayan di Utara Thailand. Kanak-kanak perempuan akan diberikan gelang yang pertama apabila mencecah umur 5 tahun. Gelang tersebut akan ditambah lagi pada tahun berikutnya sehingga mencapai tahap tertentu. Yang sebenarnya, bukan leher wanita tersebut yang dipanjangkan. Berat gelang pada leher menyebabkan kedudukan bahu sedikit jatuh dan menampakkan seolah-olah leher mereka lebih panjang dari biasa!

 SUMBER

Snek Dari Tanah


Rasima, si penjual ampo, mengatakan bahawa tidak ada resipi untuk untuk memasak tanah tersebut. Dia hanya mencari tanah yang bersih yang bebas dari batu kerikil, kemudian ditumbuk dan dipadatkan sehingga berbentuk segi empat.


Kemudian, dengan mengikisnya dengan stik dan membentukkannya seperti gulungan. Tanah yang sudah menggulung itu kemudian dibakar dan diasapi selama 1 jam, lalu jadilah sebagai snack atau makanan ringan yang siap dimakan. Rasima biasanya ianya dijualnya dipasar dan sehari dia mampu mendapat hasil sekitar Rp 20 ribu untuk menyara keluarganya.

Tuban merupakan satu-satunya tempat di dunia yang memakan tanah. Memang ada orang-orang aneh di dunia yang suka makan pasir, dan benda aneh lain. Tapi tidak ada yang memakan tanah panggang. Salah seorang penduduk Tuban mengatakan bahawa dia sudah memakan ampo sejak dia masih kecil dan ampo menyejukkan perutnya.







 SUMBER

August 04, 2013

Kesan Gigitan Nyamuk

 Gigitan nyamuk biasanya hanya meninggalkan bekas benjol di kulit yang boleh hilang dalam beberapa minit atau jam. Namun gara-gara digigit nyamuk, tubuh wanita ini membengkak sehingga 228 kg.

Berat badan Sophia loots (42 tahun) naik mendadak dari 89 kg menjadi 317 kg. Dia terlalu malu untuk mencari bantuan doktor kerana awalnya ia pikir keadaan tersebut terjadi kerana kebiasaan makan berlebihan.

Selama 5 tahun, ia harus tertahan di tempat tidur kerana kakinya yang membengkak tak boleh lagi digunakan untuk berjalan.  Pada Oktober 2011 barulah ia mencari bantuan doktor.

 Wanita yang berasal dari Cape Town, Afrika Selatan, ini didiagnosis menderita lymphedema, yang menyebabkan kakinya membengkak masing-masing 63,5 kg. Berat badannya pun naik sehingga 228 kg setelah digigit nyamuk pada tahun 2006. Doktor mengatakan,kemungkinan serangga tersebut membawa larva filarial, yang menyekat saluran cecair dalam sistem limfa menyebabkan kakinya membengkak.

Tubuhnya membesar menjadi begitu berat, sehingga tidak mampu melakukan tugas-tugas mudah seperti mencuci. Untuk ke tandas saja, ia memerlukan bantuan orang lain. Keadaan ini membuat Sophia menjadi tertekan dan berpaling ke makanan, yang akhirnya membuat berat badannya semakin naik.

Kulitnya menebal dan pembengkakan terus berlaku. Untuk menyelamatkannya, doktor menyarankan agar melakukan rawatan segera.

Namun berat badannya yang begitu besar membuat rawatan akan sukar dilakukan. Sophia pun akhirnya melakukan diet radikal dan berjaya menurunkan berat badan sebanyak 23 kg dalam tempoh 25 hari.

"Saya benar-benar berfikir akan mati di tempat tidur. Ini mengerikan. Anak-anak saya mesti pulang ke rumah untuk membantu saya pergi ke bilik mandi. Suami saya harus bekerja keras, sedangkan saya hanya menghabiskan masa sendirian di tempat tidur, mengait, mendengar radio atau menangis, "ujar Sophia, seperti dilaporkan Daily Mail,

Kerana merasa tertekan, Sophia melampiaskan emosinya pada makanan. Ia akan makan roti dengan blok keju dan 3 bungkusan besar kerepek setiap hari. Ia juga minum 10 cawan kopi dengan 5 sudu gula dan krim, serta 2 liter soda.

"Makanan adalah keselesaan saya. Dalam masa 5 tahun, saya kehilangan segalanya, saya hampir tidak boleh menyebut diri saya ibu. Kaki saya terasa terbakar sepanjang masa. Saya kesakitan, ini penyeksaan," ujarnya.

Sophia akhirnya memberanikan diri berjumpa doktor pada Oktober 2011 dan memulakan rawatan pada bulan Jun 2012. Dia dibawa ke Johannesburg untuk rawatan. Di bawah pimpinan Dr Dirk le Roux, lebihan cecair dikuras dari kakinya dan kulit lebihan pun dibuang.

Setelah pembedahan untuk mengeringkan kaki dan menghilangkan kelebihan kulit, berat badan Sophia kini turun menjadi 127 kg.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...