October 01, 2013

Resipi Terbaru : Rebus Telur Dengan Air Kencing


Di China memang terkenal dengan pelbagai keunikan dan kepelikan. Sanggupkah anda memakan telur yang di rebus menggunakan air kencing budak sekolah berusia lingkungan sepuluh tahun. Kononnya, berkhasiat dan mampu mengubati penyakit.
RATUSAN telur direbus dengan menggunakan air kencing di wilayah Zhejiang, China dengan menggunakan resipi berusia ribuan tahun lalu.
BEIJING – Sebuah kedai di wilayah Zhejiang, timur China menjual telur yang direbus dengan air kencing budak sekolah dan ia merupakan resipi tradisonal berusia ribuan tahun, lapor sebuah akhbar semalam.
Chef makanan tradisonal, Lu Ming berkata, dia mahu mempromosikan semula makanan tradisional itu sehingga ke peringkat antarabangsa.
“Air kencing tersebut dikumpul daripada pelajar sekolah lelaki yang berumur 10 tahun, mereka kencing di dalam sebuah tong dan kami mengambil air itu pada setiap hari.
“Telur-telur itu akan direbus dalam air kencing tersebut dengan kulitnya,” katanya.

china pelik Biar Betul. Rebus Telur Ayam Guna Air Kencing?


Menurutnya, telur tersebut berasa sedap dan berkhasiat untuk menyembuhkan demam selain meningkatkan konsentrasi serta menghilang rasa mengantuk.

Kerja Gila! Potong Kaki Sendiri Kerana Malas Bekerja

(Austria): Seorang lelaki yang hampir mati selepas memotong kakinya untuk membolehkan dia terus mendapat elaun ‘menganggur’ terkejut apabila diberitahu dia masih boleh bekerja walaupun kakinya kudung.
Hans Url, 56, yang sudah tidak bekerja dalam tempoh lama diberitahu bantuan diberikan kepadanya akan dihentikan jika dia tidak menerima tawaran kerja yang diberikan oleh kakitangan pusat pekerjaan.
Dan apabila dakwaannya menyatakan dia terlalu sakit dan tidak gemarkan pekerjaan ditawarkan itu diganti dengan tawaran perubatan, dia mengambil langkah drastik. Url dari Mitterlabill, selatan Austria, mengambil mesin gergaji dan memotong kakinya – sebelum mencampakkannya ke dalam ketuhar bagi memastikan tiada pakar bedah dapat menyambungkannya semula.
Bagaimanapun, kakitangan pusat pekerjaan memusnahkan rancangan Url itu apabila mereka memberitahu kecacatan dialaminya itu tidak mengecualikan dia untuk tidak bekerja. Jurucakap polis Franz Fasching berkata: “Rancangan Url memang licik. Dia menunggu hingga isteri serta anak lelakinya keluar dan hanya dia bersendirian di rumah.
“Dia kemudian memetik suis mesin gergaji itu dan memotong kaki kirinya di atas paras buku lali – mencampakkannya ke dalam api, supaya ia tidak boleh disambung semula sebelum menghubungi perkhidmatan kecemasan. “Dia kemudian mengesot ke garaj di mana dia menghubungi petugas kecemasan dan menunggu mereka tiba.” Polis memberitahu Url hampir mati akibat kehilangan banyak darah sebelum petugas paramedik tiba di kediamannya. Mereka turut menemui kakinya yang dipotong di dalam ketuhar.

Budak Ini Dibesarkan Oleh Anjing Sehingga Umur 3 Tahun.

Subhanallah

Subhanallah! Benarkah Budak Ini Dibesarkan Oleh Anjing Sehingga Umur 3 Tahun? 
Tragis Madina bermula apabila dia ditinggalkan kedua ibubapanya sehinggalah ditemui semasa berusia 3 tahun.
Yang menariknya, dia telah dipelihara oleh seekor anjing sebelum itu.
Semasa ditemui, beliau hanya dapat mengucapkan dua perkataan, ya dan tidak serta lebih suka berkelakuan seperti anjing.
Madina sihat secara mental dan fizikal selepas dirawat oleh pasukan perubatan tidak lama selepas ditemui.
Walaupun perkembangannya terhalang akibat ditinggalkan, dia beruntung kerana masih kecil.
Seorang pengasuh percaya bahawa Madina akan kembali normal apabila dewasa kelak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...