April 13, 2014

Punca Masalah Kegemukan

Umum sedar akan keburukan obesiti, berat badan berlebihan atau kegemukan. Namun tidak ramai yang ambil kisah terhadap perkara tersebut kerana obesiti dianggap perkara biasa dan tidak berbahaya.
1- Ketidakseimbangan Tenaga.
Ketidakseimbangan tenaga menyebabkan berat  badan berlebihan dan obesiti. Imbangan tenaga bermakna tenaga yang diterima adalah sama tenaga yang digunakan.
Tenaga yang diterima adalah nilai kalori yang anda perolehi daripada makanan dan minuman. Tenaga yang digunakan adalah jumlah tenaga yang badan anda perlukan untuk perkara-perkara seperti bernafas, penghadaman  dan aktiviti fizikal. Untuk mengekalkan berat badan yang sihat, kalori yang anda terima tidak perlu seimbang dengan tenaga yang anda guna.

Seandainya jumlah kalori yang diterima sama dengan jumlah tenaga yang digunakan, berat badan tidak berubah.

Sekiranya  jumlah kalori yang diterima kurang daripada jumlah tenaga yang digunakan, berat badan anda menyusut.

Berat badan berlebihan dan obesiti berlaku dengan pantas apabila anda mengambil kalori lebih daripada apa yang diperlukan oleh tubuh anda.

2-Tabiat Pemakanan.
Obesiti di Malaysia banyak berpunca dari tabiat pemakanan harian dan cara sajian makanan disediakankan. Setiap hari rakyat Malaysia akan bersarapan dengan nasi lemak, roti canai dan teh tarik. Ketika makan tengahari kita akan makan nasi dengan lauk ikan goring, ayam goring, kari, sayur lemak dan masak merah. Begitu juga dengan makan malam.
Pengambilan makanan yang berlemak tinggi dan terlalu manis yang berpanjangan boleh membawa kepada masalah kegemukan.

Keadaan ini diburukan oleh sikap sesetengah individu yang mengalami  amat responsif  terhadap bau makanan. Bau makanan mampu  menimbulkan  rasa lapar secara psikologi yang mendorong kepada pengambilan makanan. Individu seperti ini akan sentiasa mengambil makanan walaupun di luar waktu makan. Oleh itu obesiti akan berterusan.

3- Kurang Bersenam.
Kebanyakan rakyat Malaysia tidak mengamalkan cara hidup sihat. Mereka mempunyai sikap malas bergerak dan tidak suka bersenam. Sikap ini semakin menjadi-jadi sejak wujudnya kemajuan teknologi dan internet. Orang ramai lebih suka menggunakan mesin basuh,  blender,  lif , eskalator, perbankan internet dan shopping online.

Apabila terlalu memanjakan tubuh tanpa melakukan sebarang pergerakan besar, lemak akan terus terkumpul dalam badan kita.  

Obesiti menyebabkan aktiviti sukan menjadi sangat sukar dilakukan. Ia akan menyebabkan  penurunan kadar  metabolisme tubuh. Akhirnya badan semakin gemuk dan obesiti.

4-Kurang Tidur.
Kajian menunjukkan bahawa kurang tidur meningkatkan risiko obesiti. Satu kajian terhadap sekumpulan remaja menunjukkan bahawa kurang tidur meningkatkan kemungkinan obesiti.
Tidur yang cukup membantu mengekalkan keseimbangan hormon ghrelin (yang membuat anda berasa lapar) atau leptin. Apabila anda tidak mendapat tidur yang cukup, tahap ghrelin akan meningkat dan tahap leptin akan menurun. Ini menjadikan anda rasa lebih lapar daripada waktu anda berehat.

 Tidur juga mempengaruhi tindakbalas tubuh anda terhadap insulin iaitu hormon yang mengawal kadar glukosa dalam darah anda. Kekurangan tidur menyebabkan paras gula dalam darah meningkat.Inimeningkatan risiko anda untuk menghidap penyakit kencing manis.

Kesimpulannya, untuk mengelakkan obesity anda perlu mengawal pemakanan, bersenam dan memastikan masa tidur andat mencukupi.
Comments
0 Comments

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...