September 27, 2011

Kelebihan Kucing

Kucing Merupakan Teman Sejati

  • Kucing boleh meringkan tekanan seseorang serta emosional. Ia juga dapat menyembuhkan "hati yang terluka" terutama bagi orang yang sudah lanjut usia. Kucing juga mampu memberikan kasih sayang yang tinggi kepada tuannya, tetapi kurang menuntut perkara yang bukan-bukan, cukup sekadar makan,minuman dan tempat tinggal serta perhatian.


Kucing Mempunyai Sifat Keyakinan yang Tinggi

  • Orang yang memelihara haiwan peliharaan akan mengambil perhatian yang lebih jika dibandingkan dengan orang yang tidak memelihara apa-apa haiwan peliharaan. Ketika seseorang itu telah berusia ataupun sedang sakit dan mempunyai haiwan peliharaan kucing, ia pasti akan memberi perhatian sebaik mungkin kepada kucingnya. Seseorang yang merasakan dirinya sangat diperlukan (oleh kucing), mereka akan memancarkan suatu aura yang sangat optimis dan berkeyakinan. Malah, bagi anak-anak, mereka akan merasa lebih percaya kepada diri dan juga lebih bertanggung jawab jika dapat memelihara haiwan kesayangannya. Keadaan seperti ini akan melatih mereka untuk mengurus kucing-kucing yang lain dan haiwan-haiwan peliharaan yang lain, dan akhirnya orang seperti ini akan turut belajar bagaimana menguruskan perkara-perkara lain dengan seberapa baik yang mungkin.



Kucing Sebagai Penawar Kesihatan

  • Menurut "Society for Companion Animal Studies", pesakit akan mudah sembuh atau hidup lebih lama melalui haiwan. Telah dibuktikan bahawa mempunyai haiwan kesayangan pasti akan meringankan beban daripada kes-kes seperti kerosakan fisiologi ataupun psikologi manusia.



Kucing Sebagai Pemangkin Social

  • Kucing sebagai haiwan peliharaan lazimnya akan membuatkan rasa malu dan ragu-ragu dalam diri anda terhakis. Perkara ini berlaku apabila anda pergi berjalan-jalan bersama dengan kucing anda. Orang akan tertarik dan mula menyapa anda. Sebagai pencinta kucing, anda pasti tidak akan ragu-ragu untuk menunjukkan haiwan kesayangan anda kepada orang ramai semasa berjalan bersama-samanya.
Jadi sayangi la Kucing anda,kucing merupakan Haiwan yang paling comel sekali dan merupakan haiwan kesayangan Nabi kita.. 
Ini merupakan housemate terbaru kami, yang di beri nama AUTOCADD.. hihi sangat comel :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...