October 03, 2011

Campak Bayi Dari Tingkat 2


Selayang - Bayi sendiri diperlakukan bagaikan sampah apabila seorang gadis berusia 19 tahun  tergamak mencampak bayi yang baru dilahirkan  ke dalam longkang dari tingkat 2.

Mayat bayi malang ditemui oleh seorang lelaki pada pukul 7 pagi yang kebetulan melalui kawasan tersebut. Ibu bayi itu mendakwa panik sebaik melahirkan anak di dalam tandas bertindak mencampak bayinya kedalam longkang.

Ketika ditemui, bayi yang dalam keadaan bogel mempunyai kesan cedera di kepala itu berada dalam keadaan tertiarap di dalam longkang.

Bayi yang cukup sifat itu dipercayai baru dilahirkan kerana masih mempunyai tali pusat.

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, gadis itu belum berkahwin dan polis mengesyaki dia mengandung angkara hubungan sulit dengan teman lelaki.

Sumber - KOSMO


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...