October 16, 2012

12 Barisan Di Akhirat


Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya;
“Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:
“Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris” Surahan-Naba’:18
Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata.Lalu menjawab:”Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada saya, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri….”


Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-
BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
“Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka nuh dengan ular dan kala jengking.
“Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.
“Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka…”
BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.
“Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.
“Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilahbalasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah.
“Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.
“Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.
“Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta.
“Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.
“Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:
“Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih…”
Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya…..Wallahua’alam

Jalan Paling Sibuk Di Dunia




EUROPA:
a. Schildergasse, Cologne, Jerman
Pusat membeli-belah tersibuk di Eropah adalah Koln s Schildergasse di mana lebih dari 17,000 orang melalui setiap hari.

b. Oxford Street, London, Inggris
Terdapat sekitar 300 bar, kedai-kedai, hotel dan kelab malam yang menarik 200 juta pelancong dan penduduk tempatan setiap tahun.


c. La Rambla, Barcelona, Espanyol
La Rambla di Barcelona sangat padat sehingga anda sukar bernafas. Ada sekitar 14 juta pelancong yang berkunjung ke Barcelona satu tahun dan sekitar 5 juta orang yang tinggal di kawasan bandar.


ASIA:
a. Shibuya, Tokyo, Japan
Tidak peduli jam berapa anda pergi, persimpangan Shibuya Tokyo selalu sibuk. Pada siang hari, tengah malam, dan senja, jumlah orang selalu konsisten. Tidak diragukan lagi ini adalah persimpangan tersibuk di dunia dengan 2.5 juta per hari.

b. Causeway Bay, Hong Kong
Causeway Bay adalah salah satu jalan yang paling padat jumlah penduduknya di Hong Kong. Ini juga merupakan jalan kedua yang paling mahal di dunia.Ia adalah tempat yang paling ramai dan padat penduduknya di Asia. Tidak dinafikan lagi jika Hong Kong merupakan salah satu kawasan yang paling padat penduduknya di dunia, dengan 6.200 orang per km ².

AMERIKA UTARA:
a. Times Square, New York, Amerika Syarikat
• 1,6 juta orang melalui Times Square setiap hari.
• 274.000 orang bekerja secara langsung di Times Square setiap hari.
• 300.000 kendaraan melalui Times Square setiap hari.
• 100 juta orang melalui Times Square via kereta bawah tanah setiap hari.
• 26 juta pelancong mengunjungi Times Square setiap tahunnya.




Peminat Wall Climbing










*style kn.. huhu

October 15, 2012

Artis Korea Dan Plastik


Jeong Eun Kim




Hyo Jin Kong


Ji Yeong Seo


Byeol Kim



Bo Young Lee


Seon-a Kim






Keburukan Soya





ANTARA KEBURUKAN SOYA :
·         Tinggi kandungan asid phytic yang menghalang penyerapan zat dan mineral di dalam usus. Akibatnya,zat-zat dalam makanan yang  kita makan tidak memberi manfaat kerana tak diserap tubuh.
·       Mengandungi hemaglutinin. Akibatnya, menyebabkan sel darah bercantum sesama sendiri.
·       Mengandungi goitrogen. Akibatnya, fungsi tiroid menjadi lemah.
·      Kebanyakan soya adalah genetically modified, yang bertujuan untuk memperbaiki kualiti dari segi saiz.Namun, ianya juga mengandungi bahan racun dan perosak.
·      Mengandungi natural toxin iaitu antizat yang menghalang tugas enzim mencerna makanan dalam tubuh. Toksin ini tak dapat dimusnahkan melalui proses memasak. Akibatnya boleh menyebabkan kembung perut,  kekurangan asid amino dan kerosakan pankreas. Akhir sekali, disebabkan unsur antizat yang ada dalam soya, sesetengah pengeluar  soya membasuh soya tertsebut dengan asid di dalam tangki aluminium.
·         Mengandungi unsur heavy metal toxic dalam tubuh badan yang boleh melemahkan minda.
·         Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita. Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development sehingga boleh mempengaruhi kejantinaan seseorang.
·         -Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin iaitu yang menyebabkan terbentuknya  jaringan virus H1N1. Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe.
·     
             - Namun, bagi sesetengah produk soya seperti air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.
·       
           -  Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.

·      -   Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.
·         Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.

·       -  Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Ini seolah-olah menggalakkan bayi membesar lebih cepat tumbesarannya dari kadar yang sepatutnya.

October 12, 2012

Anak Derhaka

 




       Allah berfirman, "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah." (al-Ahqaf: 15)

  Nabi saw. bersabda, "Redha Allah bergantung pada redha ibu bapa kamu dan murka Allah bergantung pada murka ibu bapa kamu." (HR al-Hakim)

  Nabi saw. bersabda, "Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kalian berbuat derhaka kepada ibu kamu". (HR Bukhari no: 5975 Kitab al-Adab)
      
               Dari Abu Bakrah ra., Nabi saw. bertanya, "Mahukah aku beritahu kalian dosa terbesar dari dosa-dosa besar ?" (1) Mempersekutukan Allah. (2) Derhaka kepada ibu atau bapa. (3) Membuat kesaksian palsu. (HR Bukhari)

  Nabi saw. bersabda, "Ada tiga orang yang tidak akan masuk syurga: 1) orang yang derhaka kepada ibu bapanya. 2) lelaki yang dayus. 3) perempuan yang menyerupai laki-laki." (HR Nasa'i, Bazzar dan Hakim)

  Nabi saw. bersabda, "Semua dosa akan ditangguhkan pembalasan sampai nanti hari kiamat, kecuali derhaka kepada ibu atau bapa, maka sesungguhnya Allah akan segerakan pembalasan kepada pelakunya dalam hidupnya (di dunia) sebelum dia meninggal dunia." (HR Hakim)

October 10, 2012

Penjenayah yang dihukum gantung sampai mati dan pernah menjadi banduan dipenjara pudu


Barlow & Chamber
Brian Geoffrey Chamber 28 tahun dan Kevin Barlow 27 tahun rakyat Australia menjadi rakyat asing pertama yang dihukum gantung sampai mati di penjara ini pada subuh 7 Julai 1986 kerana mengedar dadah di lapangan terbang Bayan Lepas pada tahun 1983.
Botak Chin ( Wong Swee Chin )

Merupakan penjenayah terkenal ketika ini kerana merompak orang-orang kaya untuk dibahagi-bahagikan hasilnya pada orang miskin. Botak Chin dihukum gantung sampai mati atas kesalahan senjata api.

Hau Tsui Ling 

Seorang pelayan kelab malam rakyat Hong Kong, menjadi pesalah wanita pertama dihukum gantung sampai mati atas kesalahan mengedar dadah di Lapangan Terbang Bayan Lepas pada tahun 1983 bersama-sama Barlow dan Chamber.

Mona Fandey


Mona Fandey juga pernah ditahan di penjara ini sebelum dipindahkan ke Penjara Kajang pada  2 Nov 2001 untuk digantung.

Jimmy Chua


Banduan yang hampir melepaskan diri serta menjadikan sua orang doktor sebagai tebusan pada 17 Oktober 1986. Jimmy Chua ditahan atas kesalahan menembak mati seorang Konstabel Mohd Yasin Ismail pada 8 Februari 1984.

Lain-lain kisah


Khong Yen Chong menerima anugerah pelukis lukisan tembok penjara yang terpanjang didunia oleh Book of Guinness semasa beliau menjadi tahanan di penjara pudu sekita tahun 80an.




Gambar penjara pudu dari pandangan atas,

Kredit : Penyingkap Fakta

Kredit : Penyingkap fakta

Misteri Penjara Pudu

Potret yang dilukis oleh banduan dibilik terakhir penjara pudu





Seorang bekas penghuni penjara pudu yang hanya mahu dikenali sebagai Nasyitah menceritakan kisah seram yang pernah didengarinya di penjara itu iaitu tentang potret misteri. 

"Ia berkisar tentang seorang banduan akhir yang sedang menunggu hukuman gantung sampai mati"

"Dia seorang banduan yang pandai melukis. Dia melukis potretnya sendiri di dalam selnya sebelum menunggu hukuman dijatuhkan. Warden memberitahu, lampu dibilik sel itu akan terpadam jika dihidupkan dan potret itu akan nampak bercahaya seolah-olah hidup dan potret itu akan menangis apabila hari pengantunggan seseorang banduan itu semakin hampir. 

                                                   Sub Inspektor Sulaiman Chu Ahmad
"Jika kami menghalang jalan, kami ditendang atau ditumbuk dan ketika meronda pula, kami disakat dengan bayangan lembaga hitam yang merenung tajam, bayangan kanak-kanak berlari dalam kawasan penjara selain kelibat perempuan cantik yang berjalan sendirian di tengah-tengah lorong penjara, malah banduan yang terlibat dalam jenayah ganas juga turut terdiam apabila melihat kelibat lelaki dengan muka mengerikan itu. 

Pensyarah fotografi, Khairul Azril Ismail
"Bilik itu kosong, kecil sahaja. Saya melihat imej aneh yang sukar untuk dijelaskan. Saya dapat merakam satu garisan putih yang panjang dan melengkung. 

Pelakon dan juga Inspektor penjara pudu, Abu Bakar Juah
Mendakwa melihat bebola api terbang di dalam kawasan penjara sebelum lenyap sendiri serta sebuah lori yang diletakkan dalam kawasan simpanan kenderaan penjara tiba-tiba bergerak sendiri



October 09, 2012

Kehebatan Wanita




  • seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali,
  • seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang lelaki soleh,
  • seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat,
  • dua rakaat solat daripada wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat wanita yang tidak hamil,
  • wanita yang memberi minuman susu badan kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
  • wanita yang melayan suaminya yang pulang dari kerja ke rumah dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
  • wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
  • wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
  • wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjihad ke jalan Allah dan menjaga adab rumahtangga akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
  • wanita yang tidak cukup tidurnya pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

Rumah Pelik

Rumah Bentuk UFO

Rumah Teko

                                                                                              Rumah Boeing 727

                                                                                   Rumah Berbentuk Toilet

Rumah Bentuk Kasut

Rumah Terbalik

                                                                                                   Rumah Kubus

                                                                                                     Rumah Eliphante

                                                                                              Rumah Gelembung

"rumahku, syurgaku" :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...