July 29, 2013

Petua Dan Tips Bibir Cantik Menawan

1 . Jangan biasakan untuk menjilat atau membasahkan bibir terutama ketika bibir tengah kering . Ini kerana air liur mempuyai enzim yang menyebabkan kerengsaan pada luar bibir.

2. Jadikan lipbalm sebagai teman baik anda. Bawalah selalu keman-mana anda pergi.
3 . Jangan gelupas atau tarik kulit bibir yang mati. Ia akan menyebabkan bibir anda luka dan berdarah . Seeloknya gunakan kain yang bersih atau wet tissue untuk mengelap bibir yang gelupas itu.
4 . Pilihlah gincu yang sesuai supaya tidak tersalah pilih kerana ia akan menyebabkan bibir anda hitam dan kering. Bagi penggemar gincu juga, tidak perlulah menggunakan gincu yang sudah setengah tahun umurnya , kerana ia akan merosakkan bibir anda.
5 . Elakkan daripada selalu memakan makanan yang pedas , panas dan bergetah seperti duku.
6 . Bagi yang gemar menggunakan bahan semulajadi , hirisan tomato boleh di saukan pada bibir anda . Biarkan selama 10-15 minit dan lakukan nya sebanyak 2 3 kali sehari. Hasilnya , bibir anda kelihatan lebih halus dan bebas dari pecah-pecah.
7. Jus lemon yang dicampur madu juga memerahkan bibir anda kerana jus lemon merupakan pemutih alami yang mengandungi gilseran yang baik untuk kesihatan kulit. Tambahan pula, madu boleh melembapkan kulit serta bibir kelihatan semulajadi lebih lembap. Untuk hasil yang baik, lakukan sebanyak 2 kali seminggu terutama dalam suhu sejuk dan panas.
8. Minum air 8 gelas sehari boleh mencegah dehidrasi yag menyebabkan bibir kering dan merekah.
9. Bersih gincu sebelum tidur , boleh mengelakkan debu dan bakteria melekat.
10. Jangan merokok dan minum alkohol (haram bagi Muslim) kerana rokok dan alkohol mempunyai bahan kimia yang boleh hitamkan bibir .

Comments
0 Comments

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...