September 29, 2011

Bahaya Love Bite

Seorang wanita berusia 44 tahun lumpuh sementara selepas dicium pasangannya di bahagian leher.
Dia lumpuh di bahagian lengan kiri semasa menonton televisyen.

Doktor yang memeriksannya bingung mengenai punca dia diserang strok sehingga mereka mendapati terdapat tanda ciuman cinta di bahagian leher, sekali gus meleraikan misteri serangan strok tersebut.

Wanita itu kemudiannya memberitahu doktor bahawa dia dicium beberapa hari sebelum diserang strok.

Seorang doktor, Teddy Wu dari Hospital Middlemore di Auckland berkata "disebabkan ia merupakan ciuman cinta, terdapat sedutan yang kuat.

Menurutnya, terdapat darah beku di dalam arteri di tempat sedutan itu dibuat.

Dia berkata, darah beku tersebut tidak dapat bergerak menyebabkan strok berlaku. Wanita itu pulih selepas dirawat dengan ubat antibeku.
Comments
0 Comments

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...