October 05, 2011

10 Kelebihan Coke




1. Masukkan tulang  dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama 
sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2.Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan
selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang 
dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian 
untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh 
tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta
jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan 
Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6.Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin 
Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. 
Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi 
berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/  melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

8.Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh 
meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti 
suka ni!Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan
tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit 
osteoporosis.Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam 
lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti 
dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis
: bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan 
untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta 
berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah 
bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat. 

9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin
lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!

10.Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh 
kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah
Kenapa Orang Yahudi Tak Minum Coke dan Pepsi 

October 04, 2011

Luahan Hati Seorang Anak




Kita baca memang lawak tp realitinya ada maksud yang tersirat disebalik karangan beliau.

Antara 10 Artis Korea Yang Kacak

Wow sapa saja yang menonton cerita korea pasti akan terbuai dengan ketampanan hero dalam cerita tersebut. Antara 10 artis korea yang kacak dan comel ::




1)Hyunbin


2)Kim Hyun Joong


3)Song Seung Heon


4)Kim Jaejoong

5) Jung il-woo

6) Yong Ah-in 

7) Park Yoochun

8) Lee  Seung Gi

9) Lee Min Ho


10) Jang Geun  Suk

October 03, 2011

Campak Bayi Dari Tingkat 2


Selayang - Bayi sendiri diperlakukan bagaikan sampah apabila seorang gadis berusia 19 tahun  tergamak mencampak bayi yang baru dilahirkan  ke dalam longkang dari tingkat 2.

Mayat bayi malang ditemui oleh seorang lelaki pada pukul 7 pagi yang kebetulan melalui kawasan tersebut. Ibu bayi itu mendakwa panik sebaik melahirkan anak di dalam tandas bertindak mencampak bayinya kedalam longkang.

Ketika ditemui, bayi yang dalam keadaan bogel mempunyai kesan cedera di kepala itu berada dalam keadaan tertiarap di dalam longkang.

Bayi yang cukup sifat itu dipercayai baru dilahirkan kerana masih mempunyai tali pusat.

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, gadis itu belum berkahwin dan polis mengesyaki dia mengandung angkara hubungan sulit dengan teman lelaki.

Sumber - KOSMO


September 29, 2011

Hukum Bersanggul Tinggi

Bertudung merupakan perkara wajib bagi kaum wanita untuk menutup aurat.
Tapi sekarang ada pelbagai fesyen tudung bagi wanita, memang tak salah tapi jangan sampai melanggar batas seperti fesyen Bersanggul Tinggi.





Daripada Abu Hurairah RA, beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, yang bermaksud :

Dua golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.

Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta. Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini.

*Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim, Imam Ahmad, Imam Malik dan selain mereka. Hadith ini adalah hadith sahih.

Dinyatakan oleh Rasulullah SAW bentuk pakaiannya adalah ketat (berpakaian tetapi umpama telanjang) yang menunjukkan bentuk tubuh.

Dinyatakan oleh Rasulullah SAW ikatan rambutnya umpama bonggol unta, iaitu sanggulan rambutnya diikat hingga kelihatan seperti bonggol unta (membulat di atas kepala, jelas kelihatan). Kalau kita tengok pada hari ini bukan setakat seperti bonggol unta, tetapi sudah berbagai-bagai bentuk dengan sanggul, ikatan dan tocang.

Malah yang memakai tudung pun masih kelihatan bentuk sanggulan rambutnya yang berada di bawah tudung itu, maka tujuan untuk memakai tudung tidak tercapai. Sewajibnya, tudung itu mestilah sempurna sifatnya yang menudung rambut dan bentuk rambut.

Dinyatakan oleh Rasulullah SAW bahawa cara berjalanya adalah berlenggang lenggok menggoyangkan pinggulnya. Hari ini bukan sahaja berjalan berlenggang lenggok, malah perempuan hari ini menari menggerakkan semua tubuh bukan sahaja pinggul, semua tubuh!

Dan dinyatakan oleh Rasulullah SAW sebagai balasannya, bahawa perempuan sebegini tidak akan mencium bau syurga. Dan bau syurga itu boleh dicium dalam jarak sebegini dan sebegini (perkataan sebegini dan sebegini itu tidak dinyakan berapa jaraknya, tetapi ianya ingin menunjukkan bahawa bau syurga sudah pun boleh dicium dari jarak jauh).

Fesyen Rambut Unik

 saya ada 2 wajah..

misai pun boleh ada di belakang kepala

smart kah?

mulut gergasi

ini duri landak ke rambut? hihi

amboi kreatif nya

saya tak pernah tidur

hahah macam ni pun ada..

So pilih la yang mana pilihan anda..
Selamat mencuba.

Bahaya Love Bite

Seorang wanita berusia 44 tahun lumpuh sementara selepas dicium pasangannya di bahagian leher.
Dia lumpuh di bahagian lengan kiri semasa menonton televisyen.

Doktor yang memeriksannya bingung mengenai punca dia diserang strok sehingga mereka mendapati terdapat tanda ciuman cinta di bahagian leher, sekali gus meleraikan misteri serangan strok tersebut.

Wanita itu kemudiannya memberitahu doktor bahawa dia dicium beberapa hari sebelum diserang strok.

Seorang doktor, Teddy Wu dari Hospital Middlemore di Auckland berkata "disebabkan ia merupakan ciuman cinta, terdapat sedutan yang kuat.

Menurutnya, terdapat darah beku di dalam arteri di tempat sedutan itu dibuat.

Dia berkata, darah beku tersebut tidak dapat bergerak menyebabkan strok berlaku. Wanita itu pulih selepas dirawat dengan ubat antibeku.

September 27, 2011

Kelebihan Kucing

Kucing Merupakan Teman Sejati

  • Kucing boleh meringkan tekanan seseorang serta emosional. Ia juga dapat menyembuhkan "hati yang terluka" terutama bagi orang yang sudah lanjut usia. Kucing juga mampu memberikan kasih sayang yang tinggi kepada tuannya, tetapi kurang menuntut perkara yang bukan-bukan, cukup sekadar makan,minuman dan tempat tinggal serta perhatian.


Kucing Mempunyai Sifat Keyakinan yang Tinggi

  • Orang yang memelihara haiwan peliharaan akan mengambil perhatian yang lebih jika dibandingkan dengan orang yang tidak memelihara apa-apa haiwan peliharaan. Ketika seseorang itu telah berusia ataupun sedang sakit dan mempunyai haiwan peliharaan kucing, ia pasti akan memberi perhatian sebaik mungkin kepada kucingnya. Seseorang yang merasakan dirinya sangat diperlukan (oleh kucing), mereka akan memancarkan suatu aura yang sangat optimis dan berkeyakinan. Malah, bagi anak-anak, mereka akan merasa lebih percaya kepada diri dan juga lebih bertanggung jawab jika dapat memelihara haiwan kesayangannya. Keadaan seperti ini akan melatih mereka untuk mengurus kucing-kucing yang lain dan haiwan-haiwan peliharaan yang lain, dan akhirnya orang seperti ini akan turut belajar bagaimana menguruskan perkara-perkara lain dengan seberapa baik yang mungkin.



Kucing Sebagai Penawar Kesihatan

  • Menurut "Society for Companion Animal Studies", pesakit akan mudah sembuh atau hidup lebih lama melalui haiwan. Telah dibuktikan bahawa mempunyai haiwan kesayangan pasti akan meringankan beban daripada kes-kes seperti kerosakan fisiologi ataupun psikologi manusia.



Kucing Sebagai Pemangkin Social

  • Kucing sebagai haiwan peliharaan lazimnya akan membuatkan rasa malu dan ragu-ragu dalam diri anda terhakis. Perkara ini berlaku apabila anda pergi berjalan-jalan bersama dengan kucing anda. Orang akan tertarik dan mula menyapa anda. Sebagai pencinta kucing, anda pasti tidak akan ragu-ragu untuk menunjukkan haiwan kesayangan anda kepada orang ramai semasa berjalan bersama-samanya.
Jadi sayangi la Kucing anda,kucing merupakan Haiwan yang paling comel sekali dan merupakan haiwan kesayangan Nabi kita.. 
Ini merupakan housemate terbaru kami, yang di beri nama AUTOCADD.. hihi sangat comel :)

September 26, 2011

Strange People








Sekadar Hiburan.. :)

Jom RelaX

Tukang Jual
Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"
Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"
Pembeli: "Telur ayam."
Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"
Pembeli: "Ayam biasa."
Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"
Pembeli: "Yang tempatan."
Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor 
atau Tampin?
Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).
Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?"
Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?"
Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan 
yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.
zzzzzzzz


Kerja
Man: Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia. 
Ali: Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk. 
Man: Wow! Bapa kau keja apa? 
Ali: Tukang gunting rambut. 

Bahasa Inggeris Ayah: Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah? 
Anak: Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila giliran adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan. 

Sudu 
Doktor: Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari. 
Pesakit: Eh! tak boleh la doktor. 
Doktor: Kenapa? 
Pesakit: Rumah saya ada dua sudu jer. 

Mayat 
Cikgu: Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.' 
Hasan: Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah. 

Tiru 
Cikgu: Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam. 
Bapa: Apa bukti awak? 
Cikgu: Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang? Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkau tak tahu, aku lagi la tak tahu". 

Makan 
cA: dari pagi tadi aku makan tak kenyang2 je? 
cB: kau makan ape? 
cA: makan angin...............................

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...